Thursday, June 30, 2011

#055 | kreatif kreatif.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua baru je habis layan berus gigi gua sampai patah, macam-macam skill gua cuba tapi tak jadi. Gua memang frust betul lah. Gua siap lempar-lempar, kasi pusing itu Oral-B, dah 3 berus gua cuba. Kalau lu orang tak faham apa yang gua cakap ni, please refer to this.


By the way, gua dah berhenti dah. Sekarang, gua nak layan hamster pula sebab gua dengar taiko-taiko besar semua sekarang layan hamster pula. Mana lah tahu, nanti ada lawan-lawan hamster ke macam lawan ayam tu. Gua rasa memang kreatif lah, taiko-taiko yang layan hamster ni. Lu orang tak percaya?

Benda dah berzaman, tapi gua suka sebab kreatif.


Gua harap manusia kreatif tidak akan lapuk dimakan dek zaman.

Sekian.

#054 | spontaneous thursday #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua dengan spontannya mengatakan,

"Tahniah kepada anak-anak buah Datuk K.Rajagopal setelah memenangi perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan 2-1, hasil jaringan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak. Bukan satu bekal yang selesa tetapi satu kemenangan yang cukup untuk dibawa ke Taiwan untuk perlawanan kedua pada Ahad nanti."

Semoga gagah di Taiwan, Ahad nanti.

Sekian.


Wednesday, June 29, 2011

#053 | Peristiwa Israk dan Mikraj.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

27 Rejab merupakan satu tarikh yang penting bagi kita umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj telah berlaku pada tarikh ini. Peristiwa ini adalah penting buat kita kerana peristiwa ini sebenarnya menguji kita sebagai umat Islam. Untuk informasi yang lebih lanjut, gua ada ambil satu artikel dari OhIslam. Bacalah.


Peristiwa Israk dan Mikraj.
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Sekian.

#052 | wordless wednesday #4.


Gua tengok burger tu, BESAR betul.

Sekian.

#051 | wordless wednesday #3.


Gua terpaku tengok perempuan ini rapping begitu laju.

Sekian.

Monday, June 27, 2011

#050 | sekeliling.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini keputusan semester empat tahun dua Sarjana Kejuruteraan Kimia yang official sudah dikeluarkan. Gua tunggu dengan penuh sabar sampai pukul 12 tengah hari tanpa merasa apa perasaan sebab biasanya keputusan tu sama je dengan senarai tampal yang lepas. Lepas tu, gua buka portal aimsweb. 

"Keputusan gua memang sama dengan senarai tampal yang lepas."

Gua memang dah expect dah, dan gua nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang dapat kelulusan dekan untuk semester ini. Gua tak dapat sebab Termodinamik Kejuruteraan Kimia. Gua memang tak score dan itu tarik pointer gua. Mungkin juga gua banyak main dah macam kena sampuk setan, mungkin juga tiada rezeki gua untuk masa ini, dan gua optimistik, rezeki gua ada di masa akan datang.

Lepas gua dah bosan belek-belek keputusan, gua pegi belek surat khabar online. Nak pegi beli, malas yang teramat. Gua baca-baca, sekali.

Heh?

Komunis? Apa pasal mau hidupkan balik? Bukan negara kita dulu dah terseksa dengan fahaman si Karl Maxx ni ke? Gua pun pelik juga. Gua rasa bersyukur dapat hidup di Malaysia ini. Tak perlu susah-susah macam saudara seIslam gua yang tengah menjadi pelarian, tiada tempat tinggal, lari sana-sini. Hairan gua.

Lepas tu gua baca surat khabar orang putih, gua baca-baca. 

Bersih 2.0.

Bersih 2.0. Mula-mula dulu gua dengar, ingat ada kena mengena dengan alam sekitar. Sekali pasal politik. Gua memang tak arif dalam selok-belok politik Malaysia sekarang. Apa yang gua baca, apa yang gua dengar, gua simpan. Kejap-kejap salahkan orang ini, kejap-kejap orang tu. Kadang-kadang gua pun serabut, siapa betul siapa salah. 


Gua memang dengar pihak kerajaan menghalang sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih ini. Gua ada baca, pihak pembangkang pun ada bagi saranan supaya pihak kerajaan join juga. Gua tutup mulut.

Last-last, gua baca kejayaan Dato Lee Chong Wei dalam aksi akhir Terbuka Indonesia. Tiada masalah buat Dato selepas menang mudah ke atas jaguh Denmark, Peter Gade. Gua bangga dengan Malaysia, tapi satu gua nak soal. Mana pelapis Dato? 

Tahniah!

Sekian.

#049 | minggu kaki wayang #3 : Transformer 3.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua seru kepada semua kaki-kaki wayang sekalian, ada robot-robot yang mau serbu panggung wayang. Filem ini sudah menempah semua perhatian penduduk-penduduk di dunia termasuk gua. Tengok sahajalah trailer mereka, mana boleh tak tengok?

besar-besar robot semua.

Yang paling mencuri perhatian gua sebenarnya, bukan si Bumblebee atau si Optimus Prime tetapi awek baru datang ke arena perang manusia dengan robot ni. Rosie Huntington-Whiteley nama beliau. Gua nak tengok macam mana beliau boleh survive macam si Megan Fox, awek ganas yang meninggalkan arena ini kerana bosan dengan bunyi mesin.

"Asyik robot je, gua nak scene kawen-kawen pula."

Gua dengar-dengar 29 Jun ni, robot-robot besar semua mau serang panggung wayang. 

Sekian.

#048 | kenangan #5.


Gua semasa tahun pertama jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Ini pasukan gua semasa pertandingan Futsal CHEMEX'10. Pasukan gua berjaya mengutip dua mata hasil dua seri dari tiga perlawanan. Gua tetap berpuas hati sebab gua ada menjaringkan satu gol untuk rakan-rakan gua yang lain walaupun gua agak kaki bangku semasa ini. 

Sudah satu tahun kenangan itu meninggalkan gua, sekarang gua dah nak masuk tahun ketiga. Gua harap peredaran masa ini ada mengubah gua ke arah kebaikan. 

Gua ada kenangan.

Sekian.

#047 | melody monday #1.


Melody Monday gua. 


Sekian.

Sunday, June 26, 2011

#046 | tak sangka kan? #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua hari ini berjalan-jalan bersama keluarga yang tercinta di Mid Valley Megamall, yang penuh dengan orang. Hari ni gua cuci mata, gua belek-belek kain, gua selak-selak kain. Gua tertarik dengan t-shirt Columbia. Smart seh.

Design lebih kurang, tapi gua tengok tu newest design.

Gua jalan dekat tempat pinggan mangkuk dekat dengan barang-barang tulis. Gua lalu, gua ada nampak seorang budak kecil. Budak kecil, comel, rambut ala-ala Justin Bieber kata kau. Sekarang memang fesyen rambut nak ikut budak tu eh? Terbaiklah dari budak berbelas tahun.

Gua jalan dekat dengan dia. Gua tengok dia pegang satu cawan. Gua ingat budak tu tertarik ke nak beli satu, sebab gua tengok cawan tu biasa je. Rupanya, budak kecik tu ugut mak bapak dia suruh beli yang apa yang dia nak. 

"Kalau tak beli, boboy pecahkan!"
*dialog ni gua reka, agak-agak macam ni lah yang dibualnya.

Gua rasa budak ni dah invent satu cara mengugut baru. Boleh gua cuba dekat mama gua bila gua nak beli baju tak dapat. Gua nak angkat yang mahal gila punya barang kaca. Hahahaha.

Tak sangka kan?

Sekian.

#045 | kura-kura.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini, dah masuk bulan ke-2 gua menghabiskan cuti-cuti gua bersama keluarga tercinta dan rakan taulan. Lagi beberapa bulan lagi tinggal cuti gua sebelum gua kena masuk menghadap buku dan kelas pagi-pagi. Sungguh laju masa berlalu. 

Dalam cuti gua, gua dah macam-macam buat. Memandu kenderaan empat roda, membantu ibu yang tercinta, menghabiskan beras dan lauk pauk, layan game sampai pagi buta, melantak dan mengeteh, mengajar adik-adik gua yang bakal menghadapi peperiksaan tak lama lagi dan membuta. Gua rasa laju je masa gua berlalu. 

Laju, sungguh laju. Sekarang semuanya nak laju. Kereta makin laju, semua nak servis yang laju, cakap pun nak laju dan apa pun nak laju. Mungkin sikap sabar itu memang kurang pada diri manusia termasuk gua.

Gua rasa internet gua makin lama makin lembab. Berbulu gua rasa nak tunggu page tu loading sampai 5-6 minit, sampai gua boleh buat sit up sampai 100 kali tanpa henti. Itu belum nak tunggu video dekat Youtube tu buffer. Kalau tunggu, kasi gua makan dulu lah pun tak habis buffer lagi. Gua rasa, gua bukan seorang kaki muat turun yang tegar. Apa yang best, baru gua muat turun tapi itulah, internet gua memang makin lembab.

kusut gua, puii!

"Dah nak habis bulan barangkali?"

Itu yang selalu gua dengarlah. Nak tunggu bil keluar, nak suruh gua bayar. Gua ada kerja nak buat, sebab tu gua berbulu je rasa. Dah macam kura-kura pun ada. 

"Gua laju apa, lu cakap kura-kura lambat apehal?"

Sekian.

*entri ini adalah dalam setengah jam gua siapkan. cilaka, lembab.

Saturday, June 25, 2011

#044 | malam kami.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Malam ini malam kami.







Gua memang tengah kering idea.

Sekian.

Wednesday, June 22, 2011

#043 | wordless wednesday #2.


Gua nganga.

Sekian.

#042 | zaman kegemilangan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Malam ini gua rasa macam blues gitu. Bukan blue yang lucah mucah tu, bukan. Gua macam teringat balik zaman gua muda-muda dulu. Time gua masih di bangku persekolahan, memakai baju putih bersama seluar hijau, berkasut hitam sebab gua sekolah berasrama bukan asmara.

Di saat ketika gua bersama rakan-rakan gua, cuba untuk hidup di dalam sekolah itu memang gua tak boleh nak lupa. Kalau hidup kita just plain, pun boring juga kan? Gua masuk time gua tingkatan 4. Sekolah Berasrama Integrasi Selandar. Sekolah yang gua duduk untuk upper form. Agak culture shock bila gua first time masuk sana. Iyelah, tak pernah merasa sekolah asrama. Semua kena sendiri, tak ada lagi mama nak kejut pagi-pagi.

Gua ingat lagi ada main kejar-kejar time sambut hari jadi. Gua menyorok sebab takut. Itu first time gua tau cara budak sekolah asrama sambut hari jadi, ingatkan makan kek ke, bagi hadiah ke. Gua basuh baju sendiri, kadang-kadang ada je guna mesin. Gua kena potong rambut time perhimpunan pernah. Gua buat hal sampai kena panggil masuk pejabat pun ada, lepak-lepak dekat sekolah sampai pagi buta pun pernah. Rembat atau pinjam kejap boot junior, duit gua kena kebas, bergaduh. Itu semua warna warni semasa tinggal di sana. Time puasa, beli makanan ramai-ramai, buka ramai-ramai, solat terawih ramai-ramai, memang gua tak boleh nak lupa.

Dah 4 tahun gua tinggal kan sekolah. Serius gua rindu. 

Ini je kenangan yang gua ada, yang lain dalam otak.

Sekian.

Monday, June 20, 2011

#041 | kehangatan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Malam ini memang buat gua panas lah. 

Yang pertama, orang bawak kereta macam sial, puii! Nak bawak kereta tu memang nak makan habis jalan. Lepas tu, bawak nak perlahan. Aduyai, nanti kalau gua tekan minyak, cium belakang kereta lu baru lu tau. Kereta dah lah mahal, sebab tu gua tak sanggup. Bawak kereta je besar, otak kecik!

Yang kedua, Celcom. Gua nak message member gua, tersangkut. Padahal, gua baru top up tadi petang. Ini bikin gua panas lah. Tak ada warning bagai. Gua nak buat call sebab court futsal penuh dah tak boleh. Apa punya service lah yang korang bagi ni. Gua hampa malam ini dengan lu, Celcom!

Gua nak menjerit, boleh?

Sekian.


Sunday, June 19, 2011

#040 | from kajang with love.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Anda suka satay? Satay ayam, daging, perut mahupun tongkeng ayam? Anda mahukan satay yang terbaik dari Selangor? 

Gua baru makan hari tu.

The Legend.

Mama gua, dan dua adik gua.

Sambal kacang. Sedap.

Inilah Satay Kajang. Gua order ayam, daging, perut dan arnab.

Gua bedal nasi goreng juga.

Gua dan satay.

Lidi-lidi. Yang ada kaler hijau tu, arnab.

Mama gua dan adik bongsu gua.

Gua dan abah gua.

Satay display.

Gua ingat ada hadiah tapi tutup.

Gua rasa sedap satay ni. Memang marvelous. Menjilat batang lidi beb. Gua bagi 9 dari 10.

Sekian.

Friday, June 17, 2011

#039 | funny friday #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua ada rasa hari jumaat ini ada kelakar. Gua ada baca pasal funny friday. Gua rasa gua nak join sebab gua ada cerita kelakar. 

Cuba lu orang bayangkan semasa lu orang darjah 3, skema-skema dahulu, muka suci lagi, seluar atas pusat, nak menggatal pun segan.

Comel gua dulu.

Pada suatu hari di sekolah,

Cikgu : Siapa di antara kamu boleh buat ayat menggunakan perkataan "Tepung"?

Murid : Saya, saya!

Cikgu : Silakan. 

Murid : Ibu saya buat kek di rumah. [Jawab dengan perasaan bangga]

Cikgu : Mana pergi tepungnya?

Murid : Tepung dalam kek itu lah, cikgu. Dekat mana lagi nak letak? Cikgu tak pergi sekolah ke? [Senyum sinis]

Cikgu : Bagus-bagus. Inilah murid paling bijak dalam sekolah. [Tahan geram]

Gua rasa murid dekat atas ini, terlalu advance. Patut dia lepas PTS terus masuk Matrikulasi pun boleh.

Sekian.


Wednesday, June 15, 2011

#038 | wordless wednesday #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Who are these guys?

Cuba teka, cuba teka.

Sekian.


#037 | siapa?

Brader-brader Anonymous.

Ini bukan kenangan gua, itu yang pasti. Ini sebab satu tindakan kerajaan terhadap laman sesawang kongsi fail. Bukan fail yang "gagal" tu, ini yang "file" tu. Lu orang nak tahu siapa mereka ini, dan apa hubungan mereka dengan kita, rakyat Malaysia? 


Gua tak perlu nak cerita lebih, lu orang nilai sendiri. 

Sekian.

#036 | humanity.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua tadi baru tengok satu filem. Filem dah lama keluar, gua je baru terhegeh-hegeh nak tengok. Orang cakap filem ini best, rugi tak tengok.

Battle Los Angeles.

War against the machine. Ini bukan macam Transformer, robot lawan robot. Ini kita, manusia lawan robot. Trailer filem ini memang superb. Gua memang harap filem ini tidak hanya jauh rupa dari khabar. 


Filem ini. Battle Los Angeles. Gua memang respect lah kalau ada manusia macam ini. Storyline kemas, effect terbaik, robot-robot memang liat nak mampus, ada nilai, dan gua suka. 

Staff Sargent Micheal Nantz.

Dalam filem ini, gua nak tekankan humanity. Gua mungkin tidak tahu apa sebenarnya erti humanity tetapi, dalam erti kata gua, sifat ihsan terhadap manusia lain. Ini tidak ada pada binatang atau robot-robot sebab hanya manusia yang akan merasa benda ini. Ini berbeza dengan sifat kasih sayang yang semua benda hidup merasa. Lain pula dengan rasa cinta. 

Tanpa kita, tiadalah humanity. Tanpa rasa ihsan kepada manusia, tiadalah humanity. Kalau dah asyik nak perang, kolonisasi tempat manusia lain. tiadalah humanity. Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir, "apa akan jadi kalau aku dekat tempat mereka?". Empathy kata orang yang berbahasa inggeris. Dalam Islam pun ditekankan hubungan antara manusia dan manusia. 

Gua harap nilai humanity ini masih ada dalam jiwa manusia even dunia kita ini sudah banyak berlaku pertumpahan darah.

Crime against Humanity.

Sekian.


Monday, June 13, 2011

#035 | kenangan #4.

Terbaik datang dari seberang.

Ini gua memang tak boleh nak lupa. Ini juga merupakan antara kenangan gua yang sweet. Cousin gua kahwin, gua first time jadi pengapit. Nervous tu ada gua rasa, macam gua yang nak kahwin. Pakai pakaian Jawa sebab tema Jawa yang mereka pilih. Gua tak pernah nak approach mana-mana budaya Jawa before this, ada bagusnya gua dapat merasa budaya Jawa ni. Barongan, macam-macam joget yang gua tengok.

Gua paling suka jaket dia. Nampak macam budak sekolah jepun. Nampak style beb. Lagi satu, gua kena pakai macam kain. Yang bawah tu bukan seluar, tetapi kain. Merasa juga gua jadi kaum Hawa, jalan sana sini, naik tangga. Agak janggal gua rasa. Rasa nak cabut je kain tu. 

Yang penting time itu gua happy sebab makan sedap. 

Sekian.


#034 | tamat.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hazama

Mamat dekat atas ini telah melakarkan sejarah beliau yang tersendiri apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia yang terakhir buat selamanya. Beliau telah menewaskan 3 calon yang lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Single beliau pun gua suka.

Sejak bila gua layan AF pula ni? Bukan gua ke asyik duduk kutuk dorang tak sedaplah, apalah. Ini semua bermula dari Diari AF9. Musim ke sembilan sahaja yang gua layan. Bagi gua, diari AF9 ada istimewanya. Gua suka tengok video yang cameraman tu rakam. Memang nampak nice dan kemas. Gua memang tertarik dengan sinematografi mereka. Lepas tu, gua terus layan. 

Setengah jam yang lepas, tamatlah satu revolusi di mana SEMBILAN tahun Akademi Fantasia bertapak di bumi Malaysia ini. Dari gua form 1, yang agak-agak skema dahulu sampai sekarang, dah besar tapi still macam sengal. Tapi gua tengok Pak Nil dari dulu sampai sekarang, still sama. Mood yang beliau bawa, energy beliau. Memang berbakat.

Tua makin berisi.

Gua tak sedih pun AF dah habis. Serius gua tak.

Sekian.

Sunday, June 12, 2011

#033 | kenangan #3.

Nadhir [adik gua], 6 dan gua, 10.

Ini gua time Y2K. Makanan kegemaran gua time ni, ayam goreng. Minuman gua suka minum air-air manis. Gua memang takut gelap time ni. Botak merupakan fesyen rambut pilihan gua. Hero gua time ni, Power Rangers Merah. Gua memang suka tuck in masa ini. Smart gua rasa, mampu mencairkan awek-awek Power Rangers. 

Sekian.

Friday, June 10, 2011

#032 | kenangan #2.

First shot of my DSLR.

Gambar ini diambil oleh gua, sejurus selepas dapat membeli kamera DSLR sendiri. Gua memang teruja ketika ini. 

Sekian.

#031 | feel the awesomeness.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini dah masuk hari yang ke-25 gua cuti di rumah. Apa rutin harian gua,

Tidur
Makan
Solat
Menonton televisyen
Menonton filem di panggung wayang
Jogging sikit-sikit
Melibas shuttlecock
Membawa kenderaan empat roda
Habiskan game PS3
Tidur 
Makan
Tidur
Berfikir

Hobi gua.

Agak-agak itu sudah merangkumi segala apa yang gua buat time cuti gua. Pelan bercuti memang tak masuk dalam kalendar sebab adik-adik gua tengah berada di dalam zon peperangan. Gua tak nak ganggu kosentrasi mereka. 

Adik-adik gua bakal menghadapi SPM dan PMR. Doakan mereka.

Hari ini juga, gua pergi menonton satu lagi filem di panggung wayang. Gua memang teringin nak tengok panda berkung fu. Comel dan bergaya. Uncle gua yang belanja tiket gua bersama adik-adik dan sepupu gua yang lain. Terima kasih buat beliau kerana belanja kami. 

Panda yang mencari kebenaran.

Gua tengok dalam 3D. Gua pernah tengok filem dalam 3D time Step Up 3D dulu. Dari awal cerita, tidak menghampakan. Seekor panda cuba mencari identiti sendiri selepas musuh beliau yang dulu-dulu time beliau kecil comel datang nak conquer China. Kali ini, beliau bersama 5 rakan beliau yang lain, harimau betina, burung jentayu, ular betina, monyet dan belalang. Rasa gua belalang. Aksi ada, lawak ada, nilai pun ada. Gua nak ulas dekat sini, panda ni memang awesome!

Gua bagi 8.5 dari 10, untuk kartun panda yang hebat berkung fu.

Sekian.

Thursday, June 9, 2011

#030 | kenangan #1.

Membeli-belah di Bazar JB.

Gua suka tengok gambar ini. Ini kawan-kawan gua.

Sekian.

Tuesday, June 7, 2011

#029 | kelas pertama.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Semalam gua pergi tengok wayang. Filem terakhir gua tengok di panggung wayang adalah Kongsi yang agak menghampakan gua. Kali ini, gua nak pergi layan cerita superhero zaman dulu kala.


Batch pertama mutant.

Dengar pun dah kelas pertama, dan gua harap cerita dorang pun mesti first class punya. Gua pergi dengan adik gua dan sepupu. Start-start gua dah excited. Iyelah, nak tahu mana datang si Professor X dengan Magneto. 

Sepanjang jalan cerita, memang tak membosankan gua. Gua berjaya concentrate dalam panggung. Segala aksi, lawak, sedih gua terima dengan sepenuh hati gua. Ending pun not bad. Apa yang gua boleh ulas,

"RM 12 gua bayar tidak menghampakan. *senyum"

Hensem juga kau time muda, Abang Botak.

Gua memang minat Charles Xavier dalam filem ini. Kuasa yang paling hebat gua rasa. Kuasa minda, boleh baca minda orang, boleh masuk minda orang, boleh control minda orang. Gua memang suka kuasa lu lah, Xavier. Kalau gua dapat, gua akan gunakan kuasa gua elok-elok. Baca apa yang orang fikir pasal gua. Syok juga. 

Overall gua kasi, 9 dari 10, memang kelas pertama.

Sekian.

Monday, June 6, 2011

#028 | we are Malay.

Assalamualaikum and a very good days to all.

Dulu pasal perempuan bangga dengan kehilangan virginity beliau. Kini, timbul lagi satu fenomena busuk di mana aksi-aksi berbaur lucah ditayangkan. Bala-bala.

Gambit Saifullah. Nama dah macam pahlawan Islam. First time dengar gua macam,

"Ini yang dalam X-Men tu ke? Yang baling-baling card tu?"

Gua tak dengar lagi nama yang belakang tu. Rupanya artis tanah air gua. Gua ada tengok pasal beliau dalam satu sedutan AF. Mama gua yang bagitau nama penuh dia. 

Apa lu orang boleh cakap pasal video ini?

Bagi gua, kita ini orang Asia. Lagi-lagi beragama Islam. Tak boleh ke buat video yang senonoh sikit? Ini dah macam orang putih dah. Cuma tak nak bagi nampak macam video lucah, sentuh-sentuh je. Boleh menaikkan syahwat kalau tengok video ini. Prema Yin tu pula boleh buat aksi-aksi kucing gatal. Tidak pernah lagi rasa gua ada video klip lagu melayu yang macam ini. Ini kalau budak-budak tengok, apa nak jadi pun gua tak tau.

Gua rasa nak tengok video klip lagu Chinese Malaysia pun tak ada seteruk macam ini. Ye dok?

Sekian.

Saturday, June 4, 2011

#027 | makanan halwa telinga.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Entri hari ini merupakan berbentuk sesuatu yang aku suka. Bukan makanan, bukan pasal bola, dan bukan juga pasal ikan-ikan aku. 

This is about music.


Aku agak yakin bahawa di dalam dunia ini, majoriti mendengar musik dalam kehidupan seharian mereka. Tidak kiralah apa bentuk lagu itu sama ada Pop, Balada, Rock, Nasyid ataupun K-Pop, setiap orang ada pilihan mereka masing-masing. Ada yang suka ini dan ada yang suka itu. Macam abang Mat Luthfi cakap ;

Kita perlu menerima pendapat orang, bukan condemn mereka.

Bagi aku, aku dengar semua jenis genre musik. Mana yang sedap, mana yang ada makna bagi aku, mana yang kasi suara mantap, aku akan suka. Antara yang banyak-banyak tu, aku paling suka genre Indie dan Rock. Sempoi dan layan. Kalau band-band atau artis pula, banyak sangat.

Arctic Monkeys
The Kooks
Muse
My Chemical Romance
Hujan
The Azenders
Bunkface
The Times
LMFAO
The Strokes
Foo Fighters
Plain White T's

Aku dah cakap. Banyak sangat. Nak listkan semua sampai subuh esok tak tentu lagi habis der. Tak semua aku minat, ada je yang aku tak minat.

Yang ini, paling aku tak berkenan.

Musik bagi aku adalah satu hiburan atau seni yang menggabungkan lunak suara, bunyi-bunyi yang indah untuk didengar. Ingat, walaupun sebest mana sesuatu lagu tersebut, janganlah kita lupa pada lunak suara bacaan Al-Quran yang lebih penting bagi kita umat Islam. 

Sekian.

Thursday, June 2, 2011

#026 | creep.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini aku tak nak cakap panjang lebar dan aku ingin beri pandangan tentang satu fenomena. Ini fenomena busuk. Dah luas tersebar di seluruh negara. Dengar mulut orang sini, dengar mulut orang sana, baca blog orang sini, baca blog orang sana. Hot juga benda alah ini. Menarik nafsu aku untuk turut memberi pendapat dan kata-kata membina untuk beliau.

Kamu-kamu yang biasa dengan dunia online mesti pernah dengar pasal "budak perempuan empat belas tahun, mengaku dah tak ada dara, kecoh-kecoh dekat orang ramai." Anda familiar dengan situasi ini? Ini yang pertama di negara kita. Orang Malaysia ni bro, aku bukan cakap orang Tanzania ke, orang Britain ke, orang Utan. Terkejut tu adalah sebab kalau dah nama melayu, mestilah menganut agama Islam kan? Itu hadiah kot?

Kepada sesiapa yang tidak baca lagi pengakuan beliau, ini dia. 


Mungkin beliau rasa bangga beliau pernah melakukan aksi-aksi ilmu Biologi tingkatan 5. Mungkin juga beliau rasa beliau adalah yang paling berani diantara orang-orang yang pernah melakukan aksi-aksi larangan dengan memberitahu kepada orang ramai. 

Apa yang aku boleh ulas di sini.

"Amereka mu tino, amereka!"

Creepy aku rasa. Dunia dah nak kiamat rasanya.

Sekian.