Sunday, October 30, 2011

#086 | ooooops, my bad.


Kadang-kadang, semua benda buruk berlaku bukan sebab kita. Bukan sebab kita lemah, bukan sebab kita bodoh, bukan sebab kita sengal, bukan sebab kita bebal, bukan. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian, mungkin sebab kita terlupa. 

Tak semua benda buruk tu BURUK sampai habis, mungkin ada BAIK dipenghujungnya. 

Sekian.

Monday, October 24, 2011

#085 | not my day.

Di kala sibuk dalam menghadapi minggu yang penuh dengan test, gua dan juga rakan-rakan tidak terlepas dalam menonton perlawanan besar. Perlawanan setempat yang paling besar dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. 

Gua berbesar hati untuk menonton hero-hero gua beraksi di atas halaman sendiri. Gua harap kemenangan pada hari ini boleh menjadi pemangkin gua untuk belajar Kimia Analisis dengan lebih khusyuk dan tekun. Tetapi, lain pula jadinya.

Agak menyakitkan hati.
Gua tengok Manchester City memang conquer separuh masa kedua, selepas pertahanan United, J Evans di buang padang atas kekasaran terhadap M Balloteli. 

Gua rasa tak patut.
Ini semua bermula dengan mamat Balloteli ni menjaringkan gol pertama perlawanan. Cara celebrate beliau agak bergaya di mata gua.

Kenapa selalu aku? Selalu ke? Shit.
Dengan pertahanan yang longlai lagi tidak meyakinkan, Manchester City berjaya mengekang United dari menguasai permainan dari minit pertama separuh masa kedua. Gua tabah melihat hero-hero gua di belasah oleh jiran tetangga dengan teruk sekali. Sebelum ni gua pernah tengok hero gua kena belasah 5-0 dengan Newcastle United. 

That should be me.
Terima kasih juga diucapkan kepada Darren Fletcher yang tidak membiarkan United pulang dengan telur ayam. Lawa juga gol beliau. Memang jarang beliau lakukan begitu, mungkin simpan untuk perlawanan sebegini. 

Final score di Old Trafford, Manchester United 1 Manchester City 6. Nak tak nak, gua kena terima. Malam ni, mereka lebih bagus dari kita, lebih kemas dari kita. Terima kasih kepada hero gua yang tetap berlawan walau sudah dibelasah. 

They win games, but we win trophies. - Sir Alex Ferguson.

Sekian.

Sunday, October 23, 2011

#084 | epic.

The Manchester Derby.
For the first time in the history of Barclays English Premier League, both of the teams are topping the league table. Today's match can be the title decider for this season.


I choose red, and what is yours?

Sekian.



#083 | :)

Terima kasih untuk awak, sebab terima saya seadanya.
Terima kasih untuk awak, sebab menyayangi saya sepenuhnya.
Terima kasih untuk awak, sebab merindui saya sepenuhnya.
Terima kasih untuk awak, sebab mencintai saya sepenuhnya.
Terima kasih untuk awak, sebab setia kepada saya seikhlas hati awak.
Terima kasih untuk awak, sebab awak sebab utama saya senyum setiap pagi.

Love.

Terima kasih untuk segalanya, cinta :)

Sekian.

Tuesday, October 11, 2011

#082 | my melody to her.


Laguku untuk mu, Nor Nabihah Ab Rahim :)

Sekian.

Sunday, October 9, 2011

#081 | Comeback Kid.

The Comeback Kid.

Sudah berbulan lama gua tidak menghiraukan blog gua ini. Ini adalah kerana;

#1 Gua busy.
Gua busy dengan aktiviti-aktiviti dan program di universiti. Memang tak ada masa langsung untuk berfikir tentang apa nak tulis dalam blog, apa tajuk post baru dan sebagainya.

#2 Terlupa.
Kemungkinan gua terlupa yang gua ada blog. Dah lama gila tak buka. Kadang-kadang bahaya juga pemikiran sebegini.

#3 Internet.
Internet connection yang amat terhad. Nak buka google pun dah berabad, ini kan blog. Kadang-kadang gua rasa nak gigit je wayar internet dekat universiti ini. 

Itu adalah sebab kenapa gua memang A.W.O.L selama ini. Tapi kini gua dah kembali.

Sekian.