Showing posts with label funny friday.. Show all posts
Showing posts with label funny friday.. Show all posts

Friday, July 1, 2011

#056 | funny friday #2.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua ingin mengucapkan selamat bulan baru kepada semua rakyat-rakyat bumi dan penduduk alam semesta sekalian. Bulan baru, hidup gua pun kena baru tapi FF gua tetap kena ada. Gua nak tanya, lu orang pernah tengok satu rancangan realiti dari Amerika Syarikat ;


Rancangan ini dimulakan sejak tahun 2007, dan dihoskan oleh Jeff Foxworthy yang bermisai perang. Setiap musim ada 5 orang kanak-kanak 5th grader yang dipilih melalui satu peperiksaan untuk membantu setiap peserta. Peserta pula datang dari setiap pelusuk Amerika Syarikat. Tak kiralah artis ke, pembetul paip ke, pembuat roti canai ke, ataupun penulis blog. 

Bagi gua sebenarnya rancangan ini bagus, sebab subjek-subjek untuk murid 5th grader di sana dah macam subjek sekolah menengah di sini. 5th grader ni macam sekolah rendah kan? Yang gua main lari sana-sini, buku ke mana gua ke mana. Hadiah yang ditawarkan, satu juta US Dollar. 

Baik, ini part lawaknya.

Siapa-siapa antara lu orang yang kenal Kellie Pickler? Beliau merupakan seorang penyanyi yang terkenal di sana dan beliau merupakan seorang peserta undangan rancangan ini. 

Soalan yang beliau perlu jawab adalah, soalan 3rd Grade World Geography ;

"Budapest is a capital of which country?"

Sah-sah jawapan dia Hungary kan? Lu orang tengok beliau jawab apa.


Sekian.

Friday, June 17, 2011

#039 | funny friday #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Gua ada rasa hari jumaat ini ada kelakar. Gua ada baca pasal funny friday. Gua rasa gua nak join sebab gua ada cerita kelakar. 

Cuba lu orang bayangkan semasa lu orang darjah 3, skema-skema dahulu, muka suci lagi, seluar atas pusat, nak menggatal pun segan.

Comel gua dulu.

Pada suatu hari di sekolah,

Cikgu : Siapa di antara kamu boleh buat ayat menggunakan perkataan "Tepung"?

Murid : Saya, saya!

Cikgu : Silakan. 

Murid : Ibu saya buat kek di rumah. [Jawab dengan perasaan bangga]

Cikgu : Mana pergi tepungnya?

Murid : Tepung dalam kek itu lah, cikgu. Dekat mana lagi nak letak? Cikgu tak pergi sekolah ke? [Senyum sinis]

Cikgu : Bagus-bagus. Inilah murid paling bijak dalam sekolah. [Tahan geram]

Gua rasa murid dekat atas ini, terlalu advance. Patut dia lepas PTS terus masuk Matrikulasi pun boleh.

Sekian.