Monday, May 30, 2011

#023 | hari kurang asap.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Esok merangkap 31 Mei 2011, hari Selasa, merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia atau dengan kata lain, kamu-kamu orang tak boleh guna tembakau esok. Ada juga yang mengatakan Hari Tanpa Rokok Sedunia. Rokok memag sinonim dengan tembakau. Tanpa tembakau, siapalah Dunhill, Kent dan Gudang Garam?




Rokok, famous among belia-belia terutamanya. Brand-brand seperti Dunhill, Benson & Hedges, Winston, Semporna, Kent, dan macam-macam lagi memang terkenal di bibir perokok tegar. Memang bukan satu kepelikkan kalau kita tengok orang hisap rokok. Bukan depa hisap benda lain pun, rokok je. Hembus asap sana, orang sini pula sedut. Tak payah pun nak beli. 

Tapi rokok SKL ni special sikit. Ada perisa bau asap dia.

Kotak pun lawa, aku terasa je nak beli. 

Sekarang, bukan lelaki je yang hisap. Dulu-dulu kaler, iyelah. Perempuan hisap nampak pelik gila macam dorang berjalan tanpa sehelai kain. 

"Awek tu hisap rokok beb, perggh!"

Layan beb. Kan?

"Awek tu layan rokok Dunhill, kau Gudang je? Takde kelas betul kau ni. Buat malu kaum Adam je."

Semua dah sama sekarang. Ramai lelaki dan ramai perempuan yang hisap. Tak takut ke kalau-kalau ada penyakit nanti? Apa-apa jadi dekat badan ke? Nak tanya kenapa hisap rokok, persoalan itu sudah timbul 15 tahun yang lepas. Jawapan dia, kebanyakkan sama. Ikut kawan, nak nampak cool, suka hati bapak tiri dorang. Kalau nak suruh dorang ni berhenti, ada je alasan. Macam mak cik kat bawah ni.


Gua rileks je, hidup lama juga.


Sempena dengan esok, aku nasihatlah kepada rakan-rakan aku dan sesiapa perokok tegar di luar tu. Kurang-kurangkan hembus asap ni. Tak sihat kepada anda dan orang sekeliling anda. 

Tapi aku nak tanya, pernah ke Hari Tanpa Rokok ni memang hari kurang asap rokok? Ke sama je macam hari-hari yang lain?

Sekian.


2 comments:

biharahim said...
This comment has been removed by the author.
bact. said...

perghh
macam kena tepat ke batang idung gua je


kahkahkah