Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Post ini tidak ada kena mengena dengan tukar baju atau buka baju atau mana-mana adegan lucah yang bersangkut paut dengan baju atau apa-apa tayangan percuma. Memang tidak ada connection bak kata orang putih.
Siapa yang tidak kenal dengan syarikat ini? Pan pizza yang terbaik yang pernah aku rasa. Hawaiian Chicken, Pepperoni Pizza dan macam-macam lagi.
Siapa yang tidak kenal dengan no telefon mereka? one-three hundred-eight-eight-tu-pai-tup-pai.
Siapa tidak kenal dengan kotak delivery mereka?
Namun, itu hanyalah sementara.
Semasa aku pulang ke rumah, ingin melaksanakan niat untuk merasa kelazatan pan pizza dari Pizza Hut. Aku mengajak ibuku yang terchenta untuk sekepala dengan aku.
"Mama, jom makan pizza hari ni? Nabil call delivery."
Aku baru nak call, tiba-tiba.
"No dah tukar ni Nabil. Ada servis baru, PHD Pizza Hut Delivery. Dah tak pakai no yang selalu kita guna. Ada no baru."
Ada baru pulak?
Nama pizza dalam brochure pun dah ubah. Sampai-sampai, kotak mereka pun dah lain baq hang.
Dah tukar baju nampak?
Namun, kelazatan mereka tetap aku kagumi.
Sekian.
2 comments:
dah lama xmakan pizza..huhu
wah.. dah tukar ka??
Post a Comment