Sunday, May 29, 2011

#021 | hero zaman silam #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Aku percaya bahawa ada superhero dalam dunia ini. Aku percaya bahawa ada orang jahat dalam dunia ini. Kalau orang jahat ramai, superhero mesti kuat punya. Paling kurang pun ada pistol besar, takpun member-member ramai. Dengan berbekalkan kostum yang gerek-gerek, aku terpesona dengan kehadiran mereka di dalam kotak televisyen.

Kadang-kala mama aku melarang aku untuk terus menonton superhero-superhero ini beraksi kerana berpendapat ada keganasan. Keganasan tak elok didedahkan kepada kanak-kanak. Nanti terikut, susah. Tapi aku tetap tegar di sisi mereka. Salah satu superhero kegemaran aku.

Mighty Morphine Power Rangers.
Lima sekawan yang memang terkenal pada zaman aku kanak-kanak. Power Rangers, menentang mutant-mutant jahat. Di sebalik aksi-aksi mereka terbang, meletup, kena pukul, pukul orang jahat dan bertukar menjadi Power Rangers, aku tertarik dengan seorang awek ni.

Kimberly, si merah jambu.
Bukan setakat awek je, aku paling suka robot dia. Setiap kali mutant jadi besar sebab dah nak kalah, muncul mereka bersama zords mereka. Gabung-gabung jadi Megazord. Kagum betul aku ketika itu. Nganga mulut tak tutup.

Megazord.
Lepas tu, siap keluar movie lagi tu. Memang semangat aku nak tengok. Terbaik lah mereka ini pada zaman saiz kasut aku tak cecah 7 lagi. Siap paksa parents suruh beli mainan lah, nak kostum bagai. 

Movie superhero pertama.
Kalau siapa-siapa yang tengok rancangan ini dahulu, mesti kamu-kamu ingat lagu ni.

Lagu pembukaan mereka.

Go Go Power Rangers!

Sekian.
  

3 comments:

bact. said...

kenangan sume neh..
ada lagi ke power rangers kat tv sekarang ha??

mohdnabil said...

power rangers sekarang dah pelik-pelik. aku lagi suka yang mula-mula.

~Princess Nasuha~ said...

bnyk sgt tgk tv ni,. hahaha
go,.go,.power rangers,.. haha