Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Dalam dunia bola sepak, penyokong kutuk-mengutuk antara satu sama lain itu biasa. Satu kebiasaan lagi-lagi bagi seseorang yang betul-betul fanatik.
"Manchester United loser. Menang pun nasib lah!"
"Chelsea pun. Dah lah kalah, nak bising-bising pulak!"
Itu senario di tanah air kita. Perang mulut memang kita dah tak boleh nak lari. Bakar stadium pun ada juga, bakar sana bakar sini. Itu memang tak sihatlah. Baling-baling mercun, baling kerusi, baling botol, baling itu ini. Sakit telinga mendengar, lagi sakit mata melihat.
Cuba lihat ini.
Abang Mat Luthfi pun ada cakap,
"Singing along, booing each other.."
Kan lebih sihat dan tidak menyakitkan anggota fizikal?
Seperti di eropah misalnya kelab yang aku paling minat, Manchester United. Aku tengok fans mereka tak ada pun nak bakar stadium, nak campak kerusi merata. Tak kisahlah fans home ataupun away. They just like singing along, boo sana sini. Duduk sebelah-sebelah tak ada pun nak bergaduh. Yang ada insiden gaduh tu biasalah, mungkin mabuk arak atau betul-betul die hard fans.
Mereka juga suka menggantung banner di stadium mereka dan juga yang lain.
menggambarkan 35 tahun, jiran mereka tiada trofi.
Manchester City membalas balik selepas mereka menjuarai FA Cup.
Kelihatan "M.U.F.C 19 TIMES" di Anfield.
Ini namanya perang psychology atau perang minda dan itu biasa berlaku. Boleh juga kita gantung banner di tepi stadium tu, kasi bakar sikit opponents. Bukannya bakar kerusi ke bakar stadium.
Sekian.
1 comment:
btol2...bkn luar negara je..dlm negara pon same..skang dh pndai bakar2 segale..mnang x jugak..
Post a Comment