Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Post hari ini berkisahkan tentang jual beli. Biasalah jual beli barang, tawar-tawar. Kalau tawar-menawar ni, aku memang nak harga paling rendah. Selalu berlaku lah dekat Petaling Street, Uptown dan seumpamanya. Kadang-kadang kena marah pun ada. Itu jual beli barang.
How about this?
Ini bukan macam kelab-kelab bola nak beli player-player yang mereka inginkan. Ini macam hamba zaman moden. Orang-orang yang biasanya duduk tinggal di pendalaman yang amat dalam, mereka diberi dengan harapan yang bersinar-sinar.
"Anda akan dapat peluang pelajaran bagi yang kanak-kanak dan remaja. Bagi yang dewasa, peluang pekerjaan juga ada disediakan. Masa depan kamu-kamu semua akan cerah selepas ini. Cuma isi borang ini, dan sign di bawah. Mudah kan?"
Mudah, mudah. Orang-orang yang isi tu bukannya faham. Mereka terputus dari segala ilmu yang ada disekitar mereka. Mereka percaya dengan janji-janji manis yang ditawarkan dari mulut-mulut si jahanam. Selepas itu, mereka akan dihantar oleh pihak "majikan" mereka ke tempat yang ditetapkan. Setelah beberapa minggu, tiada pun apa yang mereka harapkan.
Remaja-remaja khususnya wanita dipaksa untuk menjual maruah mereka untuk mendapatkan duit, bukan untuk mereka tetapi untuk pihak "majikan" mereka yang tidak berhati perut. Kesian mereka, dengan hanya mereka percaya bahawa ada peluang untuk mereka hidup dengan lebih baik, jadi lagi cilaka angkara manusia-manusia yang buta perut.
Ada juga yang menjadi buruh. Buruh yang tidak berbayar, kerja satu hari suntuk. Ini mereka lakukan kerana kepercayaan mereka terhadap peluang untuk hidup lebih baik, yang disogok oleh manusia yang buta hati.
Adakah mereka tidak berhak mendapat kehidupan yang lebih baik?
Sekian.
No comments:
Post a Comment