Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Sedap dapat makan roti tampal cicah kuah dal, sehingga menjilat pinggan. Lagi seronok apabila keputusan peperiksaan akhir semester lepas sudah ditampal di senarai tampal. Melihat status rakan-rakan, aku teruja untuk melihat hasil kerah tenagaku sepanjang semester empat Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.
masa darjah satu dulu, aku rileks je. nak exam ke tak exam ke, aku tetap girang bermain.
"Macam mana result kau? Mesti dekan kan?"
"Kau mesti dekan punya. Tak payah tengok pun tak apa."
Kata-kata yang sering keluar dari mulut rakan-rakan. Kadang-kadang ada yang pedas, ada yang bagi sejuk hati. Setelah melihat segala-segalanya di senarai tampal, aku tak rasa macam nak koyak senarai tu. Bersyukur kepada Nya dan aku terima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
"Next semester ada lagi."
Kata-kata penyedap hati. Dari mata menghadap keputusan itu, baik aku layan LMFAO.
setiap hari aku nak shuffling.
Kepada mahasiswa dan mahasiswi yang dah tahu keputusan, janganlah anda bersedih sangat atau frust kerana semester depan ada lagi untuk kita bantai habis-habisan.
Sekian.
3 comments:
dekan lah ni? tahniah. aku xdekan,teruk sangat. huhu
dekan? tak dapat pun. HAHA
ye!!kita balun tuk next sem...
Post a Comment