Tuesday, May 17, 2011

#002 | tanpa anda, siapalah saya.

Assalamualaikum, and a very good day to all readers and followers.

16 Mei 2011, merupakan hari ke-136 atau 137 bagi tahun lompat dalam kalendar Gregory dan tinggal 229 hari lagi untuk memasuki tahun akan datang. Tarikh ini juga merupakan tarikh di mana semua insan digelar sebagai "guru, cikgu atau tenaga pengajar" diraikan di seluruh negara. 


Guru, cikgu atau tenaga pengajar.
Bagi aku. Tanpa usaha mereka, tanpa penat lelah mereka ini, tanpa keinginan mereka untuk lihat anak murid mereka berjaya, tak akan sampai aku ke Universiti Teknologi Malaysia. Mungkin, tak akan sampai aku ke matrikulasi mahupun sekolah menengah. 

Dengan kesempatan ini, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat guru, cikgu dan sesiapa yang mengajar aku tidak kira di tadika, madrasah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti dan di mana-mana tempat lagi. Tanpa kamu, tiadalah saya maju dalam bidang pendidikan yang saya ceburi sekarang.

inilah yang kami akan jadi dengan tunjuk ajarmu, guru.

Terima kasih semua. Aku akan menggunakan segala apa ilmu untuk kemajuan diri, bangsa dan agama. 

2 comments:

NadiRah said...

thnks ucap selamat hari guru kat nad.. ^^
hahahhaha!!!

mohdnabil said...

selamat hari guru, cikgu! HAHA.