Friday, May 27, 2011

#016 | wira-wira tumbang.

Assalamualaikum and a very good day to all readers. 

Semalam telah berakhirnya perjuangan wira-wira negara di dalam arena sukan badminton selepas tewas lagi sekali di peringkat suku akhir BWF Sudirman Cup 2011, 2-3 di tangan Korea Selatan manakala China seperti biasa memenangi perlawanan mereka menentang India, 3-1.

Pertukaran taktik melihatkan Koo Kien Keat digandingkan dengan pasangan wanita, Chin Eei Hui menerusi beregu campuran namun tetap tewas kepada gandingan Ko Sung Hyun dan Ha Jung Eun, 17-21, 17-21. Datuk Lee Chong Wei seperti biasa, menang ke atas perseorangan Korea Selatan, Park Sung Hwan, 21-18, 21-14. Beregu lelaki juga memenangi perlawanan mereka akan tetapi kontinjen Malaysia tewas lagi dua baki perlawanan iaitu, beregu wanita dan perseorangan wanita. 

Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia yang sebelum ini tewas kepada Indonesia 2-3, sekali gus gagal untuk  layak ke separuh akhir. Tumbanglah wira-wira negara di Qingdao, China.

Namun, aku tetap sokong Park sabtu ini.
Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

GGMU