Wednesday, November 9, 2011

#090 | wordless wednesday #13.


"She is cooking is like a 30 or 40 years old cooks."

Sekian.

*Gua dah addict dengan Masterchef dan Hell's Kitchen.



Monday, November 7, 2011

#089 | monday melody #5.

Kimia - Melda Ahmad.

Gua dah minat lagu ini. Gua suka lirik dia, gua suka rentak dia, bukan sebab gua seorang pelajar kejuruteraan kimia. 

Terima kasih, Nor Nabihah Ab Rahim :)

Sekian.

#088 | reality.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.


Selamat Hari Raya AidilAdha saya ucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Seperti tahun tahun yang lepas, gua pergi solat raya pada pagi hari, balik rumah salam salaman dengan ahli keluarga dan membedal semua makanan yang ada. Maaf perut, gua seksa lu semalam. 

Tengok televisyen, cerita cerita pun biasa biasa sahaja. "I Know What You Did Last Raya", movie-movie melayu, cerita cerita hantu yang biasa keluar televisyen. Gua terus mengalih saluran ke Star World bersamaan saluran 711 di Astro. Gua nak tengok cerita Masterchef. Masterchef US, Australia dan sekarang, Malaysia. 

Masterchef.

Gua tak minat nak memasak, tapi gua suka tengok mereka mereka ini masak. Engineer, jurulatih peribadi, ayah, doktor yang ada minat untuk memasak, Chef Gordon Ramsey yang bersahaja, even budak budak 9 tahun pun boleh memasak, membuat gua minat nak layan Masterchef pada mulanya. Gua recommend dekat lu orang, tengoklah. Dari tengok cerita yang berkali-kali keluar televisyen, booooooring.

Chef Gordon Ramsey.

Gua beralih untuk tengok Masterchef Malaysia. Gua dekat UTM jarang jarang dapat tengok televisyen lagi lagi saluran Ria, 104 di Astro. Ada yang cakap best, ada yang cakap menghampakan. Gua nak tengok dengan mata gua sendiri. 

Masterchef Malaysia Contestants.

Apa yang gua boleh cakap lepas gua tengok, dah macam cerekarama pun ada, macam AF pun ada. Penuh tangisan. Gua pun boleh sedih tengok dorang ni nangis, dengan chef chef sekali nangis. Gua tengok Masterchef negara lain biasa je, tak ada pun nak over-sedih macam negara kita punya. Gua tengok dekat page Masterchef Malaysia, ramai yang mempunyai perasaan yang sama dengan gua. 

"Nangis nangis nangis, dah macam cerekarama pun ada."

"Daripada AF, sampai ke Masterchef Malaysia nak nangis. =,="

Gua harap Masterchef Malaysia dapat memperbaiki mutu korang, untuk menarik lagi perhatian orang ramai dan juga orang luar sebab Masterchef ini adalah fenomena global.

Sekian.


Friday, November 4, 2011

#087 | what is that again?


Apa kejadah benda ini? Ada siapa siapa yang ada jawapan yang boleh buat akal gua terima benda ni?

Sekian.