Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Bulan mulia, bulan Ramadhan semakin menghampiri kita. Gua amat bersyukur kerana sekali lagi dapat bertemu dengan bulan mulia ini. Seperti umat-umat Islam yang lain, gua mengharapkan bulan Ramadhan kali ini, gua dapat mengharunginya dengan baik, InsyaAllah. Dengan ini, gua sebagai pemilik wajibtayang mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada.
Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Gua rasa selain Captain America dan The Hangover Part II, satu lagi wayang gambar yang patut diberi perhatian adalah filem Rise of Planet of the Apes. Filem berkisahkan rintihan hati beberapa ekor monyet-monyet yang genius dikurung dan didera. Gua rasa gua pernah karang satu cerita macam ini.
Kalau monyet-monyet lagi genius dari genius manusia?
Gua rasa macam nak tengok dekat wayang. Apa akan jadi kalau mereka-mereka ini lebih berfikiran inovatif dari belia Amerika Syarikat? Mungkin mereka mencipta satu alat komunikasi baru menggantikan Blackberry?
Sama-sama kita lihat saudara Mighty Joe Young ini pada bulan Ogos nanti.
Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Sedap lagu untuk Harimau Malaya. Jalur Gemileng.
Kalau lu orang semua perasan, zaman bola sepak negara sudahpun berubah. Selepas era Datuk Mokhtar Dahari atau dikenali dengan "Super Mokh", bola sepak Malaysia dikatakan makin merudum. Kalah, kalah dan kalah. Di bawah naungan Datuk K.Rajagobal, prestasi mereka dikatakan meningkat berbanding dahulu. Pingat emas di Sukan Sea Laos, kemudian juara AFF Suzuki Cup.
Memang gua respek skuad Harimau Malaya kini. Ada semangat baru untuk menaikkan taraf bola sepak negara. Akan tetapi, kini gua dengar-dengar memang skuad Harimau Malaya ada masalah.
Masalah Pertahanan.
Macam kayu, tak guna, macam-macam yang gua dengar orang cakap pasal pertahanan negara kita sekarang. Ini bukan pertahanan skuad bimbingan Ong Kim Swee. Mereka bertahan lebih bagus berbanding skuad senior ketika menentang Chelsea. Ini skuad Datuk K.Rajagobal sendiri.
Let see how the defenders do in all their last 5 games.
1 - Malaysia 2 Taiwan 1
2 - Taiwan 3Malaysia 2
3 - Malaysia XI 0 Arsenal 4
4 - Malaysia XI 3 Liverpool 6
5 - Singapore 5 Malaysia 3
Berapa kali gawang gol negara di bolosi?
1 + 3 + 4 + 6 + 5 = 19
19 kali dalam 5 perlawanan. Gua memang tak sangkal tentang kehebatan bahagian penyerang. S.Kunalan, Safee Sali, Abdul Hadi Yahya. Menjaringkan gol, kita memang tidak ada masalah. Sekarang nak defending daripada dibolos. Kalau asyik masalah sama je, membazir panggil kelab-kelab EPL datang sini. Baik buat benda lain duit tu.
Gua tak tahu apa langkah Datuk K.Rajagobal lepas ini, tetapi the defending mesti ubah. Mesti ubah, tak kira nak tukar ke, nak paksa mereka main bola tanpa gaji sebagai hukuman ke, nak suruh Safee Sali turun bawah ke, asalkan masalah ini boleh berkurang dan dapat diselesaikan. Kami penyokong Harimau Malaya inginkan semangat kenegeraan dari kalian.
Gua harap untuk perlawanan kedua, Harimau Malaya dapat mengaum kembali selepas dijinakkan oleh Sang Singa.
Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Dah lama blog gua ini tidak ber-update. Mungkin ada yang bertanya ;
"Mana hilang dia ni? Dah tak berblogging ke?"
Mana idea? Please come to papa.
Gua sebenarnya dalam keadaan rehat campur malas ketika ini selepas menjalani minggu-minggu yang meletihkan. Berjalan sana-sini, mengembara sana-sini dan itu membuatkan gua kadang-kadang tiada masa untuk update blog gua.
Lepas ini, gua akan update selalu. Itu kalau gua dah bangun betul-betul lah.
Kalau lu orang tengok ini video, apa kata lu orang?
Gua yang baru menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada hari Rabu yang lepas, ada je gua perasan orang pakai baju Manchester United, orang sarung jersi baru Barcelona. Setahu gua, kalau kipas-susah-mau-mati Arsenal mesti tahu sejarah antara Manchester United dengan Arsenal yang tidak sebulu. Lagi banyak sejarah dari sejarah Manchester United dengan Liverpool yang kita tahu. Sejarah time zaman James Brooke dulu tak payah lah nak kira.
Gua perasan fans Arsenal ni relax je, cool je. Buat tak tahu je ada orang pakai jersi kelab lain. Siap tegur-tegur pun ada. Pada pendapat gua, tak kiralah lu orang ni fans Liverpool, mahupun Chelsea, mahupun Manchester United, atau West Ham United sekalipun, suka hati lah dia nak pakai jersi apa pun. Dia beli tiket bukan guna duit lu orang pun kan? Lagipun, TAK ada tulis mana-mana mengatakan, pakai jersi kelab lain akan di-bahan sampai kena buka baju. Gua tak pernah nampak sebelum ini, lepas je dia dari security pakai baju Manchester United.
Pelik-pelik je manusia sekarang ni. Tak sangka kan? Benda macam ni pun boleh buat gaduh.
Kadang-kadang kita terlalu fikir apa yang akan berlaku pada masa depan tanpa kita sedar bahawa, pada masa sekarang, detik ini adalah lebih penting, dan akan menentukan masa depan yang bakal kita hadapi.
Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Tadi gua menghadap televisyen bersama mama dan sepupu gua. Melihat anak-anak buah Datuk K.Rajagobal menentang Taiwan di tempat lawan. Gua memang mengharapkan satu kemenangan untuk perlawanan tadi. Layak ke perlawanan pusingan kedua, tetapi tewas. Tewas 2-3 dan layak dengan aggregate 4-4. Pertahanan macam kayu, lepas gol senang-senang.
"Gua peduli apa?"
Gua dapat melihat dua gol yang tak biasa pemain Malaysia buat. Gol pertama, Aidil Zafuan. 45-yard free kick. Biasa Cristiano Ronaldo yang sumbat dalam gol, ini anak tempatan. Orang Malaysia dah mampu menjaringkan gol yang hebat. Bangga tak?
Gua juga dapat melihat pasukan negara kita layak ke pusingan kedua Pra-kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun tewas, kita berjuang gila-gila punya. Dah 34 tahun [gua dengar-dengar] kita tak layak ke pusigan kedua, tahun ini mereka mampu layak. Memanglah macam layak ke pusingan kedua ini, ramai yang tak pandang. Bagi gua, bola sepak Malaysia sudah berkembang. Bangga tak?
Gua harap lu orang akan terus berkembang.
Gua harap pemain-pemain negara tidak cepat berpuas hati dengan layak ke pusingan kedua. Next, Singapore.
Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Gua ingin mengucapkan selamat bulan baru kepada semua rakyat-rakyat bumi dan penduduk alam semesta sekalian. Bulan baru, hidup gua pun kena baru tapi FF gua tetap kena ada. Gua nak tanya, lu orang pernah tengok satu rancangan realiti dari Amerika Syarikat ;
Rancangan ini dimulakan sejak tahun 2007, dan dihoskan oleh Jeff Foxworthy yang bermisai perang. Setiap musim ada 5 orang kanak-kanak 5th grader yang dipilih melalui satu peperiksaan untuk membantu setiap peserta. Peserta pula datang dari setiap pelusuk Amerika Syarikat. Tak kiralah artis ke, pembetul paip ke, pembuat roti canai ke, ataupun penulis blog.
Bagi gua sebenarnya rancangan ini bagus, sebab subjek-subjek untuk murid 5th grader di sana dah macam subjek sekolah menengah di sini. 5th grader ni macam sekolah rendah kan? Yang gua main lari sana-sini, buku ke mana gua ke mana. Hadiah yang ditawarkan, satu juta US Dollar.
Baik, ini part lawaknya.
Siapa-siapa antara lu orang yang kenal Kellie Pickler? Beliau merupakan seorang penyanyi yang terkenal di sana dan beliau merupakan seorang peserta undangan rancangan ini.
Soalan yang beliau perlu jawab adalah, soalan 3rd Grade World Geography ;
"Budapest is a capital of which country?"
Sah-sah jawapan dia Hungary kan? Lu orang tengok beliau jawab apa.