Wednesday, December 28, 2011

#101 | wordless wednesday #15.


I missed her :)

Sekian.

Tuesday, December 27, 2011

#100 | high five.


Tahniah kepada angkatan anak-anak buah Sir Alex Ferguson kerana sekali lagi membenam lawannya, kali ini yang menjadi mangsa, Wigan Athletic. 5-0 tu bai, dua kali dalam masa seminggu. Gua rasa anak-anak buah Sir Alex Ferguson dah dapat tonik untuk terus menang dan menang dan menang dan lupakan kisah 1-6 yang dahulu dan menang. Terima kasih gua ucapkan kepada abang Bulgaria, Dimitar Berbatov yang berjaya menjaringkan hat-trick pertama pada musim ini selepas jarang jarang nak muncul di depan kaca televisyen.

"Bro, gua dengar jiran kita seri dengan West Bromwich Albion. Betul ke? "

Hahaha.

Sekian.

Monday, December 26, 2011

#099 | 2011 roundup, Pt. 1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Kini gua berada di satu minggu terakhir pada tahun ini. Cepat gua rasa masa itu berlalu dan macam-macam yang gua dah rasa dan alami. Gua rasa tahun ini adalah tahun yang paling bermakna bagi gua. Let us see what we can round up for this year.

Gua dah berumur 21 tahun, dan nombor itu buat gua sedar yang sebenarnya gua semakin tua, dan semakin tua. Walaupun perangai still sama macam budak 12 tahun. Gua belajar untuk menghargai, gua belajar untuk menghormati dan gua belajar untuk jadi yang lebih baik dari yang lepas. Kadang-kadang, gua rasa gua gagal untuk berubah dari takuk yang lama. Gagal itu biasa dalam percubaan, Thomas Edison pun cuba banyak kali baru berjaya. 

Gua sedar, kawan datang dan pergi, begitu juga dengan duit. Datang berbondong-bondong di awal semester dan akan kering di hujung semester. Fenomena yang identikal setiap kali gua masuk semester baru. Yang buat lain, cara gua manage, jaga, takat keborosan dan keinginan gua pada masa itu. Gua yang sebelum ini memang boros, tapi kini gua perlu fikir untuk masa depan. Duit itu memanglah orang cakap, "tanpa duit pun, kita boleh hidup bahagia dengan kasih sayang". Gua tak nafikan kasih sayang itu adalah segalanya dalam hidup tapi, dunia sekarang memerlukan kita untuk ada duit. 

Semakin gua ke tahun-tahun akhir pembelajaran gua, gua rasa gua perlukan anjakan paradigma terhadap diri gua. Diri gua yang boleh menguruskan hidup gua, menguruskan apa yang ada di hadapan gua. Mungkin di awal tahun, gua memang tak hiraukan apa-apa, sebab gua remaja. Remaja, lambat lagi nak jadi dewasa. Itu yang gua rasa pada awal tahun dulu, tapi gua rasa gua kena berubah untuk masa depan gua. 

My sweetheart :)

Ini yang gua nak highlight pada tahun ini. Beliau berjaya untuk buka hati gua, beliau berjaya buat gua tersenyum, even setiap kali hanya teringat nama beliau, beliau berjaya membuat diri gua rasa dihargai, beliau berjaya buat gua sebak walaupun gua lelaki, dan yang paling penting, beliau berjaya membuat gua, luckiest guy ever to have her as my heart. 8 Ogos, sebenarnya awal lagi sebab itu tarikh yang dipersetujui oleh kami sebagai tarikh untuk anniversary kami. Gua belajar untuk bercinta bukan dari mulut sahaja, gua nak jaga dia, cinta dia, hati dia, kesetiaan dia. Gua tahu, itu bukan kerja senang tapi, kalau gua ikhlas, it will comes naturally. Kepada tuan punya badan, saya akan jaga awak sebaik mampu saya, saya akan jadi yang terbaik, terbaik yang pernah awak miliki, saya akan sentiasa bersama awak tak kira apa pun yang melanda, saya sentiasa inginkan awak untuk ada bersama saya, saya akan lakukan apa sahaja dan korbankan apa sahaja, untuk awak tinggal di dalam hati saya sampai bila bila.

THE END?

Sekian.

Sunday, December 25, 2011

#098 | minggu kaki wayang #5.


Filem kegemaran gua. Gua suka si Sherlock Holmes ni. Cara berfikir, gaya hidup yang #foreveralone, selamba yang kadang-kadang macam haram pun ada, ada baju camouflage yang bergaya.

Plot yang menarik, cinematography yang memang awesome, dan ending yang memang gua tak expect. Sherlock Holmes, 4.5 gua kasi. Lu orang nak rasa apa yang gua rasa, boleh tengok wayang sendiri. Kalau lu orang tak mahu, lantaklah. Lain orang lain taste, kan?

Sekian.

Friday, December 23, 2011

#097 | :)


Kini gua bebas setelah menjalani satu minggu yang amat memenatkan, memberi pengajaran buat gua, macam salah gua buat dan mengoyakkan mental gua.

Gua nak fokus untuk masa hadapan gua.

Sekian.


Wednesday, December 21, 2011

#096 | it is a killing week.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Minggu ini gua akan menempuhi satu minggu di mana, memerlukan keringat gua, kekuatan gua, kerajinan gua, ingatan gua dan juga ketabahan gua. 

AC Laboratory - Final Experiment
 AC Quiz
Instrumentation Test
AC Group Assignment
Separation Lab Test
Separation Test

Kalau semua nak sumbat dalam satu minggu, gua pun boleh jadi stress. Ini yang buat gua baru rasa, nikmat belajar di dalam universiti. Ada siapa-siapa yang nak tambah list dekat atas? 

Sekian.

Monday, December 19, 2011

#095 | melody monday #6.


Lagu ini Si Dia yang dedicate pada gua. Gua suka lirik lagu ini, gua suka menghayati lirik lagu ini sebab gua tahu gua sempurna untuk hidup beliau :)

Terima kasih yang tidak terhingga buat kamu :)

Sekian.

Wednesday, December 14, 2011

#094 | wordless wednesday #14.

speachless?

Bhahahahahaha! "Why always have to lose?"

Baru tau nak menang title EPL ni, tak senang. Lu ingat senang?

Bhahahahaha!

Sekian.

Sunday, December 11, 2011

#093 | total lunar eclipse.

Gerhana Bulan.

Gerhana bulan atau dipanggil "Lunar Eclipse" pada semalam merangkap 10 Disember 2011 merupakan gerhana bulan yang kedua pada tahun ini. Yang pertama kali pada 15 Jun yang lepas. Sedikit demi sedikit terang bulan menjadi gelap.

Semalam gua nampak gerhana bulan di atas langit sana ketika makan malam di kafe Meranti, UTM. Kawan-kawan gua mengutarakan topik ini lalu gua terus melihatnya di langit sana. Gerhana bulan sedang berlaku. Indahnya ciptaan-Nya. 

Sekian.

Thursday, December 8, 2011

#092 | kenangan #9.


Ini time gua first year. Ini kami berada di Genting Highlands. Ini gua berusaha untuk melawan ketakutan gua terhadap ketinggian. Gua ditemani oleh  Nasey, Halim, Nabil Ahnaf, Pejal dan Hazwan. Gua rasa gua dah cukup gila bila naik "Solero Shot" yang tinggi melangit di sana tapi gua tetap gayat juga. 

Gua ada kenangan.

Sekian.

#091 | first in a month.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Cukup hari ini, sudah hampir satu bulan wajibtayang ini terkubur. Gua bukan lupa yan gua ada blog, cuma kekangan idea, kurang kesungguhan dan masa yang tidak mengizinkan yang membuatkan gua tidak update blog gua. Dalam masa sebulan ini, banyak yang telah berlaku dalam hidup gua.

Today, 8 December 2011. Genap 4 bulan, hidup gua bersama dengan teman hidup gua. Alhamdulillah, banyak yang kami tempuhi bersama. Suka, duka, gembira, sedih dan macam macam lagi. Orang cakap, "experience is a good teacher". Segala pengalaman yang kami tempuhi, mendewasakan diri dan hubungan kami ke arah yang lebih baik. "Nor Nabihah Ab Rahim, walaupun 4 bulan itu sekejap tetapi hati saya sudah mencintai diri awak sedalam-dalamnya, memberi saya banyak masa untuk mempelajari tentang diri awak dan untuk menjadikan saya lelaki yang terbaik dalam hidup awak. Selamat menyambut ulang bulan ke-4, sayang :)"

Only for you, my dear love.

Semalam juga di mana Test 2 Chemical Engineering Reaction dijalankan. Gua rasa, ini yang paling teruk dalam sejarah hidup gua sebagai seorang mahasiswa. Gua tak tahu apa yang gua buat dalam examination hall dari mula hingga tamat masa. Nak cakap gua tak belajar, gua bersengkang mata untuk memahami apa yang tersirat di dalam buku yang setebal 1079 muka surat. Dengan markah test 1 yang agak tidak cukup makan, berapalah markah gua untuk test 2 ini. 

Gua nak tanya. Agak-agak bilalah, lepas je test gua tersenyum sebab gua boleh buat soalan test?

Manchester United juga telah disingkirkan dari cabaran UEFA Champions League apabila tewas dengan FC Basel 1983, 1-2. Ini meletakkan kedudukan The Red Army di tempat yang ke-3 di dalam Kumpulan C, seterusnya melayakkan diri ke cabaran Europa League bersama jiran yang memekak, Manchester City. Gua tak kira, tengah jatuh ke tengah naik ke, gua tetap sokong Manchester United. 

Congratulations, FC Basel 1983.

Itu cerita gua. Semoga gua akan rajin meng-update blog gua selepas ini. 

Sekian.