Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Kini gua berada di satu minggu terakhir pada tahun ini. Cepat gua rasa masa itu berlalu dan macam-macam yang gua dah rasa dan alami. Gua rasa tahun ini adalah tahun yang paling bermakna bagi gua. Let us see what we can round up for this year.
Gua dah berumur 21 tahun, dan nombor itu buat gua sedar yang sebenarnya gua semakin tua, dan semakin tua. Walaupun perangai still sama macam budak 12 tahun. Gua belajar untuk menghargai, gua belajar untuk menghormati dan gua belajar untuk jadi yang lebih baik dari yang lepas. Kadang-kadang, gua rasa gua gagal untuk berubah dari takuk yang lama. Gagal itu biasa dalam percubaan, Thomas Edison pun cuba banyak kali baru berjaya.
Gua sedar, kawan datang dan pergi, begitu juga dengan duit. Datang berbondong-bondong di awal semester dan akan kering di hujung semester. Fenomena yang identikal setiap kali gua masuk semester baru. Yang buat lain, cara gua manage, jaga, takat keborosan dan keinginan gua pada masa itu. Gua yang sebelum ini memang boros, tapi kini gua perlu fikir untuk masa depan. Duit itu memanglah orang cakap, "tanpa duit pun, kita boleh hidup bahagia dengan kasih sayang". Gua tak nafikan kasih sayang itu adalah segalanya dalam hidup tapi, dunia sekarang memerlukan kita untuk ada duit.
Semakin gua ke tahun-tahun akhir pembelajaran gua, gua rasa gua perlukan anjakan paradigma terhadap diri gua. Diri gua yang boleh menguruskan hidup gua, menguruskan apa yang ada di hadapan gua. Mungkin di awal tahun, gua memang tak hiraukan apa-apa, sebab gua remaja. Remaja, lambat lagi nak jadi dewasa. Itu yang gua rasa pada awal tahun dulu, tapi gua rasa gua kena berubah untuk masa depan gua.
My sweetheart :) |
Ini yang gua nak highlight pada tahun ini. Beliau berjaya untuk buka hati gua, beliau berjaya buat gua tersenyum, even setiap kali hanya teringat nama beliau, beliau berjaya membuat diri gua rasa dihargai, beliau berjaya buat gua sebak walaupun gua lelaki, dan yang paling penting, beliau berjaya membuat gua, luckiest guy ever to have her as my heart. 8 Ogos, sebenarnya awal lagi sebab itu tarikh yang dipersetujui oleh kami sebagai tarikh untuk anniversary kami. Gua belajar untuk bercinta bukan dari mulut sahaja, gua nak jaga dia, cinta dia, hati dia, kesetiaan dia. Gua tahu, itu bukan kerja senang tapi, kalau gua ikhlas, it will comes naturally. Kepada tuan punya badan, saya akan jaga awak sebaik mampu saya, saya akan jadi yang terbaik, terbaik yang pernah awak miliki, saya akan sentiasa bersama awak tak kira apa pun yang melanda, saya sentiasa inginkan awak untuk ada bersama saya, saya akan lakukan apa sahaja dan korbankan apa sahaja, untuk awak tinggal di dalam hati saya sampai bila bila.
THE END?
Sekian.
1 comment:
lu baru 21 dah nak cakap pasal cinta
cilakak betul
tergugat gua yang lagi abang-abang dari lu neh
apa2 pon jaga elok2. jgn sesekali sebut nama gua depan dia. takot sebak pulak nanti!!
kahkahkah
Post a Comment