Saturday, June 16, 2012

#107 | here it comes!

Assalamualaikum!

Sudah lama tidak gua kemas kini blog gua sejak 11 April yang lepas. So, bermakna 2 bulan gua tidak langsung ambil kisah atau hairan tentang blog ini. Dengan ini, gua nak mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada wajibtayang! di atas ke-tidak-ambil-perhatian ke atas anda.

Semester lepas merupakan semester yang paling berat di antara enam semester yang gua dah tempuhi sepanjang pengajian gua di Universiti Teknologi Malaysia. Dengan PSM, pelbagai dugaan, Process Control dan peperiksaan yang membuat hari gua saling tak tumpah dengan kerja. Ini yang membuatkan gua tidak ada cukup masa untuk menjenguk blog gua ini. 

Sekarang, gua ada masa 3 bulan cuti disamping praktikal, PSM yang perlu dihabiskan. Aturan masa perlu dijaga, perlu diteliti demi tidak membuang masa lagi. Gua nak jadi superhero demi orang orang yang gua sayang, dan jadi lelaki yang lebih baik di masa hadapan.

Menjadi superhero, menjaga keamanan sejagat.

Wednesday, April 11, 2012

#106 | wordless wednesday #17


Daulat Tuanku.

Sekian.


#105 | habuk penuh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang masih follow blog gua yang berhabuk ini. 

Last post, 22 February 2012. Sudah hampir dua bulan blog gua tidak bernafas sebab tuan dia memang seorang pemalas, seorang yang agak busy dan kadar alir internet di kampus yang agak perlahan seperti kura kura tempang.

Gua kesibukkan

Kasihan gua tengok nasib blog gua ni, lama kena tinggal. Kena tunggu gua ada betul betul masa free, baru gua boleh tulis dengan tenang. Ini setiap masa, ada je kerja yang tak siap, macam mana? Nak fikir tajuk pun payah tau?

Gua minta maaf, Wajib Tayang. 

Sekian.

Wednesday, February 22, 2012

#104 | wordless wednesday #16


Tahniah Napoli.

Sekian.

Sunday, February 19, 2012

#103 | welcome back!

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Senyap, sepi, terkubur, berhabuk dan apa-apa lagi perumpamaan yang boleh digantikan dengan keadaan blog gua selama sebulan ini. Gua bukanlah tak nak update atau ada sikap acuh tak acuh dalam penulisan blog ini tapi gua ada sedikit masalah yang memang gua tak dapat nak elak.

Macam mana nak tulis blog kalau dekat rumah gua, internet pun tak ada? Kalau setakat tulis diari, itu boleh lah. Streamyx di rumah gua itu sudah lama kelamaan semakin perlahan dan ibu gua mengambil keputusan untuk tukar ke servis yang lain. Maxis, ya, ini dia.

Maxis Home Wireless Internet

Alangkah malangnya, selepas beberapa minggu order, tapi nama tiada dalam system. Apa kejadah? Tunggu punya tunggu, depa tak call, depa tak inform apa-apa. Apa punya servis entah. Then, ibu gua beralih kepada TM kembali. Kali ini, nak langgani UniFi. UniFi, ya, ini dia.

UniFi

Alangkah malangnya, TM memberitahu bahawa port untuk pasang UniFi dekat rumah gua currently penuh. Penuh? Apa maksud anda penuh? Then, kena tunggu lagi sampai lah gua habis cuti semester. Memang cuti ini gua tiada peluang untuk online di rumah disebabkan oleh servis servis yang kurang memberangsangkan. 

Kini, gua dah ada di kampus UTM Johor Bharu. Gua memakai YES Broadband yang bakinya ada nilai rebat yang gua tak guna guna. Gua terasa macam dunia gua agak ketinggalan bila tiada internet. 

Sekian.

Saturday, January 21, 2012

#102 | puuuuuiiiiii!

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

 Gua nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang membaca, sebab gua tak sempat nak wish pada 3 minggu lepas. Gua sibuk dengan final examination gua yang baru tamat pada 21 Januari yang lepas. Selamat tahun baru cina juga kepada yang berbangsa cina.

Sebenarnya gua ada satu masalah. Laman sesawang sosial, Facebook gua tak boleh nak log in. Macam celaka perangai. Dah seminggu benda ini belarutan. "being locked in for security reason"? My a**! Gua nak wall-to-wall dengan insan yang tersayang pun dah terbantut. 

Gua pun tak tahu kenapa.
What the fish?
 
Gua dah isi segala yang mereka minta seperti no telefon handphone gua tapi haram satu code pun mereka tidak berikan. Mark Zuckerberg dah sailang gua punya account facebook ke? Gua agak terkilan dengan laman sesawang ini, serius. 
Takkan gua nak buat account baru kot?

Sekian.