Assalamualaikum and a very good day to all readers.
Senyap, sepi, terkubur, berhabuk dan apa-apa lagi perumpamaan yang boleh digantikan dengan keadaan blog gua selama sebulan ini. Gua bukanlah tak nak update atau ada sikap acuh tak acuh dalam penulisan blog ini tapi gua ada sedikit masalah yang memang gua tak dapat nak elak.
Macam mana nak tulis blog kalau dekat rumah gua, internet pun tak ada? Kalau setakat tulis diari, itu boleh lah. Streamyx di rumah gua itu sudah lama kelamaan semakin perlahan dan ibu gua mengambil keputusan untuk tukar ke servis yang lain. Maxis, ya, ini dia.
Maxis Home Wireless Internet |
Alangkah malangnya, selepas beberapa minggu order, tapi nama tiada dalam system. Apa kejadah? Tunggu punya tunggu, depa tak call, depa tak inform apa-apa. Apa punya servis entah. Then, ibu gua beralih kepada TM kembali. Kali ini, nak langgani UniFi. UniFi, ya, ini dia.
UniFi |
Alangkah malangnya, TM memberitahu bahawa port untuk pasang UniFi dekat rumah gua currently penuh. Penuh? Apa maksud anda penuh? Then, kena tunggu lagi sampai lah gua habis cuti semester. Memang cuti ini gua tiada peluang untuk online di rumah disebabkan oleh servis servis yang kurang memberangsangkan.
Kini, gua dah ada di kampus UTM Johor Bharu. Gua memakai YES Broadband yang bakinya ada nilai rebat yang gua tak guna guna. Gua terasa macam dunia gua agak ketinggalan bila tiada internet.
Sekian.
No comments:
Post a Comment