Friday, June 10, 2011

#031 | feel the awesomeness.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini dah masuk hari yang ke-25 gua cuti di rumah. Apa rutin harian gua,

Tidur
Makan
Solat
Menonton televisyen
Menonton filem di panggung wayang
Jogging sikit-sikit
Melibas shuttlecock
Membawa kenderaan empat roda
Habiskan game PS3
Tidur 
Makan
Tidur
Berfikir

Hobi gua.

Agak-agak itu sudah merangkumi segala apa yang gua buat time cuti gua. Pelan bercuti memang tak masuk dalam kalendar sebab adik-adik gua tengah berada di dalam zon peperangan. Gua tak nak ganggu kosentrasi mereka. 

Adik-adik gua bakal menghadapi SPM dan PMR. Doakan mereka.

Hari ini juga, gua pergi menonton satu lagi filem di panggung wayang. Gua memang teringin nak tengok panda berkung fu. Comel dan bergaya. Uncle gua yang belanja tiket gua bersama adik-adik dan sepupu gua yang lain. Terima kasih buat beliau kerana belanja kami. 

Panda yang mencari kebenaran.

Gua tengok dalam 3D. Gua pernah tengok filem dalam 3D time Step Up 3D dulu. Dari awal cerita, tidak menghampakan. Seekor panda cuba mencari identiti sendiri selepas musuh beliau yang dulu-dulu time beliau kecil comel datang nak conquer China. Kali ini, beliau bersama 5 rakan beliau yang lain, harimau betina, burung jentayu, ular betina, monyet dan belalang. Rasa gua belalang. Aksi ada, lawak ada, nilai pun ada. Gua nak ulas dekat sini, panda ni memang awesome!

Gua bagi 8.5 dari 10, untuk kartun panda yang hebat berkung fu.

Sekian.

2 comments:

Anyyss Shuhaimi said...

adik aku pun amik SPM tahun ni..tak dpt nak jalan jauh2..

Anonymous said...

bkn belalang..mentadak mentadu