Monday, June 27, 2011

#050 | sekeliling.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini keputusan semester empat tahun dua Sarjana Kejuruteraan Kimia yang official sudah dikeluarkan. Gua tunggu dengan penuh sabar sampai pukul 12 tengah hari tanpa merasa apa perasaan sebab biasanya keputusan tu sama je dengan senarai tampal yang lepas. Lepas tu, gua buka portal aimsweb. 

"Keputusan gua memang sama dengan senarai tampal yang lepas."

Gua memang dah expect dah, dan gua nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang dapat kelulusan dekan untuk semester ini. Gua tak dapat sebab Termodinamik Kejuruteraan Kimia. Gua memang tak score dan itu tarik pointer gua. Mungkin juga gua banyak main dah macam kena sampuk setan, mungkin juga tiada rezeki gua untuk masa ini, dan gua optimistik, rezeki gua ada di masa akan datang.

Lepas gua dah bosan belek-belek keputusan, gua pegi belek surat khabar online. Nak pegi beli, malas yang teramat. Gua baca-baca, sekali.

Heh?

Komunis? Apa pasal mau hidupkan balik? Bukan negara kita dulu dah terseksa dengan fahaman si Karl Maxx ni ke? Gua pun pelik juga. Gua rasa bersyukur dapat hidup di Malaysia ini. Tak perlu susah-susah macam saudara seIslam gua yang tengah menjadi pelarian, tiada tempat tinggal, lari sana-sini. Hairan gua.

Lepas tu gua baca surat khabar orang putih, gua baca-baca. 

Bersih 2.0.

Bersih 2.0. Mula-mula dulu gua dengar, ingat ada kena mengena dengan alam sekitar. Sekali pasal politik. Gua memang tak arif dalam selok-belok politik Malaysia sekarang. Apa yang gua baca, apa yang gua dengar, gua simpan. Kejap-kejap salahkan orang ini, kejap-kejap orang tu. Kadang-kadang gua pun serabut, siapa betul siapa salah. 


Gua memang dengar pihak kerajaan menghalang sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih ini. Gua ada baca, pihak pembangkang pun ada bagi saranan supaya pihak kerajaan join juga. Gua tutup mulut.

Last-last, gua baca kejayaan Dato Lee Chong Wei dalam aksi akhir Terbuka Indonesia. Tiada masalah buat Dato selepas menang mudah ke atas jaguh Denmark, Peter Gade. Gua bangga dengan Malaysia, tapi satu gua nak soal. Mana pelapis Dato? 

Tahniah!

Sekian.

No comments: