Saturday, September 6, 2014

#113 | Good-bye.

Assalamualaikum and a very good day guys.

Maybe this is the last post in my blog before I shutting it down. I'm shutting this blog because of these reasons;

i) Maybe my current writing skills are not as good as 2-3 years ago.
ii) Maybe I didn't have any ideas to write, in order to give my blog an interesting entry. 
iii) Blogging are so yesterday, I guess. Most of people don't read, unless it's interesting and worth to read for.
iv) Time.
v) I'm not into writing these days. Maybe going to get a Tumblr, so I can post only pictures or any sayings that wouldn't need so much ideas to create.

Well, this blog wouldn't remained this long (3 years I think) if it's not from you guys. Thank you for supporting me and if I want to write again, I'll be. 

And please do read Stalker Puaka, and this blog have various writers including me. Do support it guys!

Good-bye!

Sekian.


Wednesday, August 27, 2014

#112 | gembiranya hatiku!

Welcome, Angel Di Maria!

Aii, senangnya dalam hati,
United dah beli Di Maria,
Seperti dunia,
Ana yang punya.

Kepada Di Maria,
Gua harap padamu,
Jangan tak perform sudah,
Nanti I maki you.

*nyanyi ikut Madu Tiga - Tan Sri P Ramlee*

Sekian.

Monday, August 25, 2014

#111 | melody monday #7


Sedang-sedang gua membelek lagu-lagu dalam playlist Spotify gua, gua terjumpa lagu ini. Terus gua dengar liriknya dan pufff! Mendalam betul. 

Terus gua dedicate pada my only favourite girl in my life. Hihi.

Sekian dan cuba lah dengar, sedap.


Thursday, August 21, 2014

#110 | spontaneous thursday #2

Assalamualaikum and a very good day to all.

Dengan spontan-nya gua mengatakan,

"Welcome aboard Marcos Rojo! Welcome to Manchester United!"


Moga engkau perform untuk game-game lepas ni. Hmm

Sekian.


Wednesday, August 20, 2014

#109 | Sejukkkkkk!

Assalamualaikum and how is it going all? Good or not? Yay or nay? Apa-apa pun, gua harap semua baik-baik sahaja. 

Okay. As for this post, I'm gonna share to you guys about the Ice Bucket Challenge. Mesti anda anda semua pernah dengar atau ternampak atau memang arif tentang cabaran ini. Well, most of the celebrities, football players, civilians and even the CEO's of major companies had accomplished this challenge. Mari kita lihat beberapa contoh Ice Bucket Challenge yang telah dilakukan oleh mereka ini, saksikan. 







Seperti yang anda lihat di atas, Bill Gates, David Beckham, Jimmy Fallon mahupun seorang anggota polis LAPD juga turut serta dalam cabaran ini. Gua ada baca yang KJ (Khairy Jamaluddin) juga akan melakukan cabaran ini. Well, gua nak tengok macam mana beliau buat and siapa beliau nominate untuk buat cabaran ini seterusnya.

Ini bukti statement gua tadi. Heh

Persoalannya, kenapa semua-semua ini berlaku dan apakah cerita disebalik cabaran ini? Apa yang gua tahu, Ice Bucket Challenge ini adalah untuk menaikkan dana untuk ALS Association. ALS which stands for Amyotrophic lateral sclerosis that affects the nerve cells in the brain and the spinal cord (Sumber: http://www.alsa.org/about-als/). So, dengan cabaran ini diwujudkan sebenarnya untuk membiarkan kita kita yang sihat ini sensation of being completely paralysed by doing this ice bucket selain untuk menaikkan dana untuk pesakit dan di samping penyakit ini dapat dikenali dan the awareness can be spread throughout the world.

Merasa apa yang mereka rasa. Dan bersyukur.

Itu adalah sedikit sebanyak tentang #IceBucketChallenge yang sedang rancak dilakukan di serata dunia tetapi dalam banyak-banyak cabaran, ini yang gua rasa paling WIN.


Hahahahahahahahahahahahaha.

Sekian.


#108 | wordless wednesday #18

Empat tahun lepas. Kot.


Last update: 16 June 2012
Today's date: 20 August 2014

Selamat.


Saturday, June 16, 2012

#107 | here it comes!

Assalamualaikum!

Sudah lama tidak gua kemas kini blog gua sejak 11 April yang lepas. So, bermakna 2 bulan gua tidak langsung ambil kisah atau hairan tentang blog ini. Dengan ini, gua nak mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada wajibtayang! di atas ke-tidak-ambil-perhatian ke atas anda.

Semester lepas merupakan semester yang paling berat di antara enam semester yang gua dah tempuhi sepanjang pengajian gua di Universiti Teknologi Malaysia. Dengan PSM, pelbagai dugaan, Process Control dan peperiksaan yang membuat hari gua saling tak tumpah dengan kerja. Ini yang membuatkan gua tidak ada cukup masa untuk menjenguk blog gua ini. 

Sekarang, gua ada masa 3 bulan cuti disamping praktikal, PSM yang perlu dihabiskan. Aturan masa perlu dijaga, perlu diteliti demi tidak membuang masa lagi. Gua nak jadi superhero demi orang orang yang gua sayang, dan jadi lelaki yang lebih baik di masa hadapan.

Menjadi superhero, menjaga keamanan sejagat.

Wednesday, April 11, 2012

#106 | wordless wednesday #17


Daulat Tuanku.

Sekian.


#105 | habuk penuh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang masih follow blog gua yang berhabuk ini. 

Last post, 22 February 2012. Sudah hampir dua bulan blog gua tidak bernafas sebab tuan dia memang seorang pemalas, seorang yang agak busy dan kadar alir internet di kampus yang agak perlahan seperti kura kura tempang.

Gua kesibukkan

Kasihan gua tengok nasib blog gua ni, lama kena tinggal. Kena tunggu gua ada betul betul masa free, baru gua boleh tulis dengan tenang. Ini setiap masa, ada je kerja yang tak siap, macam mana? Nak fikir tajuk pun payah tau?

Gua minta maaf, Wajib Tayang. 

Sekian.

Wednesday, February 22, 2012

#104 | wordless wednesday #16


Tahniah Napoli.

Sekian.

Sunday, February 19, 2012

#103 | welcome back!

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Senyap, sepi, terkubur, berhabuk dan apa-apa lagi perumpamaan yang boleh digantikan dengan keadaan blog gua selama sebulan ini. Gua bukanlah tak nak update atau ada sikap acuh tak acuh dalam penulisan blog ini tapi gua ada sedikit masalah yang memang gua tak dapat nak elak.

Macam mana nak tulis blog kalau dekat rumah gua, internet pun tak ada? Kalau setakat tulis diari, itu boleh lah. Streamyx di rumah gua itu sudah lama kelamaan semakin perlahan dan ibu gua mengambil keputusan untuk tukar ke servis yang lain. Maxis, ya, ini dia.

Maxis Home Wireless Internet

Alangkah malangnya, selepas beberapa minggu order, tapi nama tiada dalam system. Apa kejadah? Tunggu punya tunggu, depa tak call, depa tak inform apa-apa. Apa punya servis entah. Then, ibu gua beralih kepada TM kembali. Kali ini, nak langgani UniFi. UniFi, ya, ini dia.

UniFi

Alangkah malangnya, TM memberitahu bahawa port untuk pasang UniFi dekat rumah gua currently penuh. Penuh? Apa maksud anda penuh? Then, kena tunggu lagi sampai lah gua habis cuti semester. Memang cuti ini gua tiada peluang untuk online di rumah disebabkan oleh servis servis yang kurang memberangsangkan. 

Kini, gua dah ada di kampus UTM Johor Bharu. Gua memakai YES Broadband yang bakinya ada nilai rebat yang gua tak guna guna. Gua terasa macam dunia gua agak ketinggalan bila tiada internet. 

Sekian.

Saturday, January 21, 2012

#102 | puuuuuiiiiii!

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

 Gua nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang membaca, sebab gua tak sempat nak wish pada 3 minggu lepas. Gua sibuk dengan final examination gua yang baru tamat pada 21 Januari yang lepas. Selamat tahun baru cina juga kepada yang berbangsa cina.

Sebenarnya gua ada satu masalah. Laman sesawang sosial, Facebook gua tak boleh nak log in. Macam celaka perangai. Dah seminggu benda ini belarutan. "being locked in for security reason"? My a**! Gua nak wall-to-wall dengan insan yang tersayang pun dah terbantut. 

Gua pun tak tahu kenapa.
What the fish?
 
Gua dah isi segala yang mereka minta seperti no telefon handphone gua tapi haram satu code pun mereka tidak berikan. Mark Zuckerberg dah sailang gua punya account facebook ke? Gua agak terkilan dengan laman sesawang ini, serius. 
Takkan gua nak buat account baru kot?

Sekian.


Wednesday, December 28, 2011

#101 | wordless wednesday #15.


I missed her :)

Sekian.

Tuesday, December 27, 2011

#100 | high five.


Tahniah kepada angkatan anak-anak buah Sir Alex Ferguson kerana sekali lagi membenam lawannya, kali ini yang menjadi mangsa, Wigan Athletic. 5-0 tu bai, dua kali dalam masa seminggu. Gua rasa anak-anak buah Sir Alex Ferguson dah dapat tonik untuk terus menang dan menang dan menang dan lupakan kisah 1-6 yang dahulu dan menang. Terima kasih gua ucapkan kepada abang Bulgaria, Dimitar Berbatov yang berjaya menjaringkan hat-trick pertama pada musim ini selepas jarang jarang nak muncul di depan kaca televisyen.

"Bro, gua dengar jiran kita seri dengan West Bromwich Albion. Betul ke? "

Hahaha.

Sekian.

Monday, December 26, 2011

#099 | 2011 roundup, Pt. 1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Kini gua berada di satu minggu terakhir pada tahun ini. Cepat gua rasa masa itu berlalu dan macam-macam yang gua dah rasa dan alami. Gua rasa tahun ini adalah tahun yang paling bermakna bagi gua. Let us see what we can round up for this year.

Gua dah berumur 21 tahun, dan nombor itu buat gua sedar yang sebenarnya gua semakin tua, dan semakin tua. Walaupun perangai still sama macam budak 12 tahun. Gua belajar untuk menghargai, gua belajar untuk menghormati dan gua belajar untuk jadi yang lebih baik dari yang lepas. Kadang-kadang, gua rasa gua gagal untuk berubah dari takuk yang lama. Gagal itu biasa dalam percubaan, Thomas Edison pun cuba banyak kali baru berjaya. 

Gua sedar, kawan datang dan pergi, begitu juga dengan duit. Datang berbondong-bondong di awal semester dan akan kering di hujung semester. Fenomena yang identikal setiap kali gua masuk semester baru. Yang buat lain, cara gua manage, jaga, takat keborosan dan keinginan gua pada masa itu. Gua yang sebelum ini memang boros, tapi kini gua perlu fikir untuk masa depan. Duit itu memanglah orang cakap, "tanpa duit pun, kita boleh hidup bahagia dengan kasih sayang". Gua tak nafikan kasih sayang itu adalah segalanya dalam hidup tapi, dunia sekarang memerlukan kita untuk ada duit. 

Semakin gua ke tahun-tahun akhir pembelajaran gua, gua rasa gua perlukan anjakan paradigma terhadap diri gua. Diri gua yang boleh menguruskan hidup gua, menguruskan apa yang ada di hadapan gua. Mungkin di awal tahun, gua memang tak hiraukan apa-apa, sebab gua remaja. Remaja, lambat lagi nak jadi dewasa. Itu yang gua rasa pada awal tahun dulu, tapi gua rasa gua kena berubah untuk masa depan gua. 

My sweetheart :)

Ini yang gua nak highlight pada tahun ini. Beliau berjaya untuk buka hati gua, beliau berjaya buat gua tersenyum, even setiap kali hanya teringat nama beliau, beliau berjaya membuat diri gua rasa dihargai, beliau berjaya buat gua sebak walaupun gua lelaki, dan yang paling penting, beliau berjaya membuat gua, luckiest guy ever to have her as my heart. 8 Ogos, sebenarnya awal lagi sebab itu tarikh yang dipersetujui oleh kami sebagai tarikh untuk anniversary kami. Gua belajar untuk bercinta bukan dari mulut sahaja, gua nak jaga dia, cinta dia, hati dia, kesetiaan dia. Gua tahu, itu bukan kerja senang tapi, kalau gua ikhlas, it will comes naturally. Kepada tuan punya badan, saya akan jaga awak sebaik mampu saya, saya akan jadi yang terbaik, terbaik yang pernah awak miliki, saya akan sentiasa bersama awak tak kira apa pun yang melanda, saya sentiasa inginkan awak untuk ada bersama saya, saya akan lakukan apa sahaja dan korbankan apa sahaja, untuk awak tinggal di dalam hati saya sampai bila bila.

THE END?

Sekian.

Sunday, December 25, 2011

#098 | minggu kaki wayang #5.


Filem kegemaran gua. Gua suka si Sherlock Holmes ni. Cara berfikir, gaya hidup yang #foreveralone, selamba yang kadang-kadang macam haram pun ada, ada baju camouflage yang bergaya.

Plot yang menarik, cinematography yang memang awesome, dan ending yang memang gua tak expect. Sherlock Holmes, 4.5 gua kasi. Lu orang nak rasa apa yang gua rasa, boleh tengok wayang sendiri. Kalau lu orang tak mahu, lantaklah. Lain orang lain taste, kan?

Sekian.

Friday, December 23, 2011

#097 | :)


Kini gua bebas setelah menjalani satu minggu yang amat memenatkan, memberi pengajaran buat gua, macam salah gua buat dan mengoyakkan mental gua.

Gua nak fokus untuk masa hadapan gua.

Sekian.


Wednesday, December 21, 2011

#096 | it is a killing week.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Minggu ini gua akan menempuhi satu minggu di mana, memerlukan keringat gua, kekuatan gua, kerajinan gua, ingatan gua dan juga ketabahan gua. 

AC Laboratory - Final Experiment
 AC Quiz
Instrumentation Test
AC Group Assignment
Separation Lab Test
Separation Test

Kalau semua nak sumbat dalam satu minggu, gua pun boleh jadi stress. Ini yang buat gua baru rasa, nikmat belajar di dalam universiti. Ada siapa-siapa yang nak tambah list dekat atas? 

Sekian.

Monday, December 19, 2011

#095 | melody monday #6.


Lagu ini Si Dia yang dedicate pada gua. Gua suka lirik lagu ini, gua suka menghayati lirik lagu ini sebab gua tahu gua sempurna untuk hidup beliau :)

Terima kasih yang tidak terhingga buat kamu :)

Sekian.

Wednesday, December 14, 2011

#094 | wordless wednesday #14.

speachless?

Bhahahahahaha! "Why always have to lose?"

Baru tau nak menang title EPL ni, tak senang. Lu ingat senang?

Bhahahahaha!

Sekian.