Saturday, June 16, 2012

#107 | here it comes!

Assalamualaikum!

Sudah lama tidak gua kemas kini blog gua sejak 11 April yang lepas. So, bermakna 2 bulan gua tidak langsung ambil kisah atau hairan tentang blog ini. Dengan ini, gua nak mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada wajibtayang! di atas ke-tidak-ambil-perhatian ke atas anda.

Semester lepas merupakan semester yang paling berat di antara enam semester yang gua dah tempuhi sepanjang pengajian gua di Universiti Teknologi Malaysia. Dengan PSM, pelbagai dugaan, Process Control dan peperiksaan yang membuat hari gua saling tak tumpah dengan kerja. Ini yang membuatkan gua tidak ada cukup masa untuk menjenguk blog gua ini. 

Sekarang, gua ada masa 3 bulan cuti disamping praktikal, PSM yang perlu dihabiskan. Aturan masa perlu dijaga, perlu diteliti demi tidak membuang masa lagi. Gua nak jadi superhero demi orang orang yang gua sayang, dan jadi lelaki yang lebih baik di masa hadapan.

Menjadi superhero, menjaga keamanan sejagat.