Monday, May 23, 2011

#011 | Que Sera Sera, Champione!

Assalamualaikum, and a very good day to all readers.


Semalam, 22 Mei 2011 merupakan hari yang bahagia buat Sir Alex Ferguson serta angkatannya selepas menjulang trofi milik Manchester United yang ke sembilan belas di depan ribu-ribuan penyokong setia The Red Army. Pada hari yang sama, United telah menewaskan Blackpool yang juga tersingkir dari Liga Perdana Inggeris, 4-2. 


Gol dari Park Ji-Sung, Anderson, gol sendiri dari Ian Evatt dan Micheal Owen telah menumbangkan kelab bimbingan Ian Holloway ke Championship Division musim akan datang. Yang menarik perhatian aku semalam, gol pertama Charlie Adam.



Even Edwin Van Der Sar could not defend a ball like that. Semalam juga merupakan perlawanan terakhir buat Edwin Van Der Sar yang mengumumkan bahawa beliau tidak lagi akan bersama United pada musim hadapan. Aku harap Lindegaard dan rakan-rakan boleh menguatkan diri masing-masing untuk musim hadapan.

tinggal satu je lagi musim ini, against FC Barcelona.




Semalam juga aku telah menonton satu filem tempatan iaitu Cun. Filem arahan Osman Ali ini tidak menghampakan penonton seperti aku, kerana jalan ceritanya agak menarik dan ada input. Ayat paling aku tak boleh lupa,

"KLCC dengan sawah padi, mana boleh masuk."

Filem ini, aku boleh bagi 6 dari 10. Aku rasa lebih bagus dari cerita Kongsi.

Sekian.

No comments: