Showing posts with label kenangan.. Show all posts
Showing posts with label kenangan.. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

#092 | kenangan #9.


Ini time gua first year. Ini kami berada di Genting Highlands. Ini gua berusaha untuk melawan ketakutan gua terhadap ketinggian. Gua ditemani oleh  Nasey, Halim, Nabil Ahnaf, Pejal dan Hazwan. Gua rasa gua dah cukup gila bila naik "Solero Shot" yang tinggi melangit di sana tapi gua tetap gayat juga. 

Gua ada kenangan.

Sekian.

Wednesday, August 10, 2011

#073 | kenangan #8.

A Trip to Melaka : Part 3.










17) Aktiviti utama. Futsal. Telah dirancang begitu lama sebelum terlaksananya aktiviti alumni ini. Dalam pukul 1 pagi, kami bertolak dari Selandar ke Cheng untuk aktiviti merembat bola ini. Mengantuk pun sebat saja.

18) Gua menaiki kereta yang dipandu hebat oleh Fakharuddin ditemani oleh Azim Aziz. Jauh juga perjalanan dari sana ke sini. Kaki dah gatal nak sepak-sepak ni. 

19) 3 pasukan telah terbentuk. Kami main selama satu jam sebab ada yang penat dan tak nak penat sangat untuk aktiviti alumni untuk esok. Gua bedal je main. Ada yang datang tengok sebab tak larat nak main. Enjoy gila main. Dah lama tak lepak sama-sama, gurau senda, gelak besar-besar. 

20) Dalam pukul 3 lebih, tamat sesi merembat. Kami pulang ke destinasi masing-masing. Gua ikut balik ke rumah Fakha bersama Po'e dan Azim. Dalam perjalanan yang jauh, kami menghantar Syazwan Hamdan ke rumah beliau. Dalam pukul 5, baru sampai ke rumah si Fakha. Mengantuk jangan cerita, tahap gaban habis dah.

21) Bermain PS3 sambil menunggu azan subuh berkumandang. Mula-mula bertiga, lepas tu tinggal dua. Gua pun tidak sempat untuk mendengar azan. Terlalu letih, gila penat. Buka-buka mata, dah pukul 11 pagi. Siang dah rupanya. Badan masih sengal-sengal akibat kegirangan hari semalam. 

22) Akan pergi ke sekolah lagi. Last farewell kepada rakan-rakan. Gua akan balik hari ahad bersama Syazwan Abed. Tiket nak beli dah kejap lagi. Sampai-sampai, terus lepak dengan dorang dekat bilik sakit Aspura. Cerita punya cerita, planning punya planning. Gua balik hari isnin di atas persetujuan diri, ibu dan rakan-rakan yang lain. Gua extend lagi satu hari.

23) Durian. Banyak durian yang orang bawa hari ini. Kami makan dengan penuh perasaan. Sedap! Ada lah dalam 4-5 ulas gua makan. 

24) Sambungan lagi lepas ini.

Sekian.

Monday, August 8, 2011

#070 | kenangan #7.

A Trip to Melaka : Part 2.











10) Setibanya di rumah Fakha, gua, Po'e dan Azim terus merebahkan badan ke lantai. Letih gila gua cakap. Esok bangun pukul berapa entah. 

11) Seperti yang dijangka, apabila matahari tegak di atas baru kami bangun. Melihat keadaan Kuala Lumpur di kaca tv, sambil makan nasi ayam dan milo ais. Terima kasih kepada tuan rumah dan Po'e sebab belikan.

12) Susur jalan ke sekolah, banyak menggamit memori. Gua tiba ke Sekolah Berasrama Integrasi Selandar pada petangnya. Tidak berubah sangat pun, cuma ada bonggol di jalan. 

13) Melihat wajah rakan-rakan lama, junior yang dah besar. Kecik pula gua rasa budak form 5 sekarang ni. Apa pasal eh?

14) Gua bermain bola sepak bersama Syazwan Abed dan Syafiq Alza di sebelah petang bersama budak form 2 dan 3. Mereka amat berbakat dalam clearkan bola. Boleh jadi defender Malaysia satu hari nanti. Sambil itu, pasukan rugbi alumni menentang pilihan sekolah. Hebat juga pasukan alumni walau dah lama tak main. Menang pula tu. 

15) Malam ada mock interview. Program alumni untuk pelajar SPM tahun ini. Gua jadi photographer bersama Syazwan Abed. Merata kami jalan menangkap gambar yang boleh tahan lawa dia. Yang nervous ada, yang takut ada, yang confident ada, yang tak rasa apa-apa pun ada.

16) Setelah selesai mock interview individu, tiba pula untuk group discussion. Gua kali ni tolong Po'e untuk jaga kumpulan 'Balance Diet'. Mereka ada idea tapi malu untuk bersuara. Kadang-kadang idea mereka terlalu text book sangat. Apa-apa pun, gua doakan kejayaan korang dalam hidup.

17) Sambungan selepas ini.

Sekian.

Saturday, August 6, 2011

#069 | kenangan #6.

A trip to Melaka : Part 1.
8-11 July 2011.










Peristiwa-peristiwa penting.

1) Gua dan Syazwan Abed dihantar oleh Mu'az Hazri ditemani oleh Darul Azam. Mereka sanggup patah balik ke rumah gua semata-mata nak ambil memory card. Kamera tanpa memory card, apa kejadahnya? Terima kasih buat mereka dan kek coklat.

2) Gua dan Syazwan Abed terpaksa mendengar luahan hati seorang rakyat negara tentang perhimpunan Bersih. 

3) Sekali lagi, di KL Sentral kami terpaksa meredah lautan manusia gara-gara kelewatan gerabak tren tiba di platform. Bila tren sampai, ada yang nak bertumbuk depan pintu, yang masuk tak nak kasi peluang pada yang nak keluar dan kami ditolak masuk oleh abang pengawal. Kami dalam tren dah tersepit dan merasa menjadi ikan sardin dalam tin.

4) Setibanya di Terminal Bandar Tasik Selatan, kami menarik nafas lega. Terus bergegas membeli tiket bas. Tiket bas yang kami beli pukul 10, sekarang pukul 7. 

5) Kami dan seorang lagi, Azim Aziz sudah bersedia untuk menaiki bas kami namun sampai lambat. Kami mendengar luahan seorang pak cik cina tentang sekatan jalan raya yang dikenakan oleh sebab perhimpunan Bersih itu. Kami tunggu punya tunggu, 10.30 malam baru sampai. Nak maki-maki pun ada. 

6) Menarik nafas lega sejurus bas bergerak ke destinasi. Ketiduran kami di dalam bas. Malam ini tidak sesak, bas dipandu laju dan kami boleh sampai awal.

7) Dalam pukul 12 lebih, kami tiba di perkarangan Melaka Sentral. Mencari rakan kami yang lain, kami berjalan ke arah tempat letak kereta. Saga putih memang menonjol ketika itu. Fakha dan Po'e mula timbul pada pandangan kami setelah kami berjalan ke arah mereka.

8) Transformer 3 3D. Terus pergi tengok wayang walaupun terlambat beberapa minit. Azim Aziz diberikan tiket percuma masuk selepas beliau seorang sahaja yang tidak ada tiket. Untung gila kawan gua ni. Campur dengan mengantuk dan penat, gua layan Optimus Prime punya cerita. Kami berjumpa dengan member yang lain yang sudah menunggu di dalam panggung tersebut.

9) Lapar. Lepas tu, kami beramai-ramai bermoreh di McD Dataran Pahlawan. Masing-masing bertukar cerita, maklumlah sudah 4 tahun tidak berjumpa. Ada yang study overseas dan dari tempatan. Kami bertolak ke rumah Fakha untuk merehatkan diri.

10) Sambungan selepas ini.

Sekian.

Monday, June 27, 2011

#048 | kenangan #5.


Gua semasa tahun pertama jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Ini pasukan gua semasa pertandingan Futsal CHEMEX'10. Pasukan gua berjaya mengutip dua mata hasil dua seri dari tiga perlawanan. Gua tetap berpuas hati sebab gua ada menjaringkan satu gol untuk rakan-rakan gua yang lain walaupun gua agak kaki bangku semasa ini. 

Sudah satu tahun kenangan itu meninggalkan gua, sekarang gua dah nak masuk tahun ketiga. Gua harap peredaran masa ini ada mengubah gua ke arah kebaikan. 

Gua ada kenangan.

Sekian.

Monday, June 13, 2011

#035 | kenangan #4.

Terbaik datang dari seberang.

Ini gua memang tak boleh nak lupa. Ini juga merupakan antara kenangan gua yang sweet. Cousin gua kahwin, gua first time jadi pengapit. Nervous tu ada gua rasa, macam gua yang nak kahwin. Pakai pakaian Jawa sebab tema Jawa yang mereka pilih. Gua tak pernah nak approach mana-mana budaya Jawa before this, ada bagusnya gua dapat merasa budaya Jawa ni. Barongan, macam-macam joget yang gua tengok.

Gua paling suka jaket dia. Nampak macam budak sekolah jepun. Nampak style beb. Lagi satu, gua kena pakai macam kain. Yang bawah tu bukan seluar, tetapi kain. Merasa juga gua jadi kaum Hawa, jalan sana sini, naik tangga. Agak janggal gua rasa. Rasa nak cabut je kain tu. 

Yang penting time itu gua happy sebab makan sedap. 

Sekian.


Sunday, June 12, 2011

#033 | kenangan #3.

Nadhir [adik gua], 6 dan gua, 10.

Ini gua time Y2K. Makanan kegemaran gua time ni, ayam goreng. Minuman gua suka minum air-air manis. Gua memang takut gelap time ni. Botak merupakan fesyen rambut pilihan gua. Hero gua time ni, Power Rangers Merah. Gua memang suka tuck in masa ini. Smart gua rasa, mampu mencairkan awek-awek Power Rangers. 

Sekian.

Friday, June 10, 2011

#032 | kenangan #2.

First shot of my DSLR.

Gambar ini diambil oleh gua, sejurus selepas dapat membeli kamera DSLR sendiri. Gua memang teruja ketika ini. 

Sekian.

Thursday, June 9, 2011

#030 | kenangan #1.

Membeli-belah di Bazar JB.

Gua suka tengok gambar ini. Ini kawan-kawan gua.

Sekian.