Tuesday, May 24, 2011

#013 | spesis yang suka marah.

Assalamualaikum and a very good day to all readers. 

Hari ini, aku nak cakap pasal MARAH

ini ANGRY BIRD, takde kena mengena dengan ini cerita.

Marah ada banyak kategori, dan macam-macam bentuk kita boleh klasifikasikannya. Marah juga mesti ada sebab, kalau marah tanpa sebab itu namanya sakit otak. Bagi aku, sebab-sebab marah boleh datang dari;

Pertama
Kita tak dapat benda yang kita nak atau impikan.

Geram dibuatnya. Kadang-kadang kita usaha, macam-macam dah buat tapi tetap tak dapat juga. Nak buat macam mana, semua itu telah di tulis di tangan takdir. Terima dengan hati yang terbukalah. 

Kedua
Something yang kita sayang atau suka, hilang atau entah ke mana.

Misplaced. Lupa. Perkara biasa yang akan dialami oleh manusia. Selalu juga jadi dekat aku. Letak sini, cari sana. Lepas tu, hempas barang. Nasib tak hentak kepala.

Ketiga
Mungkin seseorang tidak sehaluan kepala dengan kita.

Kita rasa kita betul tapi ada je yang bantah. Lepas tu, pangkah elok-elok takpe. Ni siap nak maki-maki. WTH?! Siapa tak panas beb?

Keempat
Layan kita macam sampah?

Yang ini jarang berlaku tapi ada je berlaku sana-sini. Kadang-kadang, ada juga manusia yang bajet mereka itu baik sangat, memilih kawan sangat. Yang betul-betul jahat tu memang eloklah ditinggalkan. Ini yang nakal sikit-sikit, yang kadang-kadang tak sekepala pun kena layan macam sampah juga ke? Sedarlah wahai manusia, tiada siapa yang sempurna.

Kelima
Mengutuk atau mengata sesuatu yang buruk atas diri atau sesiapa yang kita sayang.

Yang ini memang aku pantang. Orang mengata aku takpe lah sangat, ini sampai mak, ayah, adik beradik, sepupu, datuk, nenek semua kau nak bantai sedap mulut. Lempang mau?

Keenam
Orang memandu macam haram?

Bukan nak cakap kita nak bagus sangat drive macam O'Connor dalam Fast Five, tapi kita tahu lah undang-undang, mana boleh buat mana tak boleh. Ini nak belok, signal tak bagi. Nak brek pun dekat-dekat. Nak cium ke apa? Harap kereta besar, otak kecik.

Aku rasa banyak lagi sebab-sebab nak marah sebab manusia pun lain-lain. Lain ragam, lain pula timing nak marah. Bagi aku lah, nak marah ni tak salah sebenarnya. Ada hak kita nak marah tapi seeloknya kita sabar dahulu. Bukan sabar itu separuh daripada Iman? 

Sekian.

3 comments:

wanhamiza said...

marah ble orang sound kte tp die pon wat mnde yg sama. mcm perfek. huhu

bact.! said...

gua tada masa nak marah2 neh
selain dari masa gua marah la..

mad khaz said...

tak salah untuk marah, tapi timing kene betol lah. setuju!

tapi kadang-kadang orang tak pikir dulu sebelum bertindak.

XD