Tuesday, July 26, 2011

#063 | bola sepak negara.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Sedap lagu untuk Harimau Malaya. Jalur Gemileng.

Kalau lu orang semua perasan, zaman bola sepak negara sudahpun berubah. Selepas era Datuk Mokhtar Dahari atau dikenali dengan "Super Mokh", bola sepak Malaysia dikatakan makin merudum. Kalah, kalah dan kalah. Di bawah naungan Datuk K.Rajagobal, prestasi mereka dikatakan meningkat berbanding dahulu. Pingat emas di Sukan Sea Laos, kemudian juara AFF Suzuki Cup.

Memang gua respek skuad Harimau Malaya kini. Ada semangat baru untuk menaikkan taraf bola sepak negara. Akan tetapi, kini gua dengar-dengar memang skuad Harimau Malaya ada masalah. 

Masalah Pertahanan.

Macam kayu, tak guna, macam-macam yang gua dengar orang cakap pasal pertahanan negara kita sekarang. Ini bukan pertahanan skuad bimbingan Ong Kim Swee. Mereka bertahan lebih bagus berbanding skuad senior ketika menentang Chelsea. Ini skuad Datuk K.Rajagobal sendiri.

Let see how the defenders do in all their last 5 games.

1 - Malaysia 2 Taiwan 1


2 - Taiwan 3 Malaysia 2


3 - Malaysia XI 0 Arsenal 4


4 - Malaysia XI 3 Liverpool 6


5 - Singapore 5 Malaysia 3


Berapa kali gawang gol negara di bolosi?

1 + 3 + 4 + 6 + 5 = 19

19 kali dalam 5 perlawanan. Gua memang tak sangkal tentang kehebatan bahagian penyerang. S.Kunalan, Safee Sali, Abdul Hadi Yahya. Menjaringkan gol, kita memang tidak ada masalah. Sekarang nak defending daripada dibolos. Kalau asyik masalah sama je, membazir panggil kelab-kelab EPL datang sini. Baik buat benda lain duit tu. 

Gua tak tahu apa langkah Datuk K.Rajagobal lepas ini, tetapi the defending mesti ubah. Mesti ubah, tak kira nak tukar ke, nak paksa mereka main bola tanpa gaji sebagai hukuman ke, nak suruh Safee Sali turun bawah ke, asalkan masalah ini boleh berkurang dan dapat diselesaikan. Kami penyokong Harimau Malaya inginkan semangat kenegeraan dari kalian.


Gua harap untuk perlawanan kedua, Harimau Malaya dapat mengaum kembali selepas dijinakkan oleh Sang Singa.

Sekian.


3 comments:

Anyyss Shuhaimi said...

selain pertahanan,kawalan bola tak kemas..takut nak tengok

aiman said...

friendly sungguh sgt.. kan da ramai injured..

wan azie said...

bila tgk bola mas ari tu...ttba jek nek hemo....aduss...lau n tggu bola dtg kt kaki...bek tak yah men bola...n masukkn pemain pn agak2 la...knp apex ngan idlan tak dek..cm n kena tukar coach jek...huhuhu...emo plak ~ hahahha