Monday, October 24, 2011

#085 | not my day.

Di kala sibuk dalam menghadapi minggu yang penuh dengan test, gua dan juga rakan-rakan tidak terlepas dalam menonton perlawanan besar. Perlawanan setempat yang paling besar dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. 

Gua berbesar hati untuk menonton hero-hero gua beraksi di atas halaman sendiri. Gua harap kemenangan pada hari ini boleh menjadi pemangkin gua untuk belajar Kimia Analisis dengan lebih khusyuk dan tekun. Tetapi, lain pula jadinya.

Agak menyakitkan hati.
Gua tengok Manchester City memang conquer separuh masa kedua, selepas pertahanan United, J Evans di buang padang atas kekasaran terhadap M Balloteli. 

Gua rasa tak patut.
Ini semua bermula dengan mamat Balloteli ni menjaringkan gol pertama perlawanan. Cara celebrate beliau agak bergaya di mata gua.

Kenapa selalu aku? Selalu ke? Shit.
Dengan pertahanan yang longlai lagi tidak meyakinkan, Manchester City berjaya mengekang United dari menguasai permainan dari minit pertama separuh masa kedua. Gua tabah melihat hero-hero gua di belasah oleh jiran tetangga dengan teruk sekali. Sebelum ni gua pernah tengok hero gua kena belasah 5-0 dengan Newcastle United. 

That should be me.
Terima kasih juga diucapkan kepada Darren Fletcher yang tidak membiarkan United pulang dengan telur ayam. Lawa juga gol beliau. Memang jarang beliau lakukan begitu, mungkin simpan untuk perlawanan sebegini. 

Final score di Old Trafford, Manchester United 1 Manchester City 6. Nak tak nak, gua kena terima. Malam ni, mereka lebih bagus dari kita, lebih kemas dari kita. Terima kasih kepada hero gua yang tetap berlawan walau sudah dibelasah. 

They win games, but we win trophies. - Sir Alex Ferguson.

Sekian.

No comments: