Thursday, December 8, 2011

#091 | first in a month.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Cukup hari ini, sudah hampir satu bulan wajibtayang ini terkubur. Gua bukan lupa yan gua ada blog, cuma kekangan idea, kurang kesungguhan dan masa yang tidak mengizinkan yang membuatkan gua tidak update blog gua. Dalam masa sebulan ini, banyak yang telah berlaku dalam hidup gua.

Today, 8 December 2011. Genap 4 bulan, hidup gua bersama dengan teman hidup gua. Alhamdulillah, banyak yang kami tempuhi bersama. Suka, duka, gembira, sedih dan macam macam lagi. Orang cakap, "experience is a good teacher". Segala pengalaman yang kami tempuhi, mendewasakan diri dan hubungan kami ke arah yang lebih baik. "Nor Nabihah Ab Rahim, walaupun 4 bulan itu sekejap tetapi hati saya sudah mencintai diri awak sedalam-dalamnya, memberi saya banyak masa untuk mempelajari tentang diri awak dan untuk menjadikan saya lelaki yang terbaik dalam hidup awak. Selamat menyambut ulang bulan ke-4, sayang :)"

Only for you, my dear love.

Semalam juga di mana Test 2 Chemical Engineering Reaction dijalankan. Gua rasa, ini yang paling teruk dalam sejarah hidup gua sebagai seorang mahasiswa. Gua tak tahu apa yang gua buat dalam examination hall dari mula hingga tamat masa. Nak cakap gua tak belajar, gua bersengkang mata untuk memahami apa yang tersirat di dalam buku yang setebal 1079 muka surat. Dengan markah test 1 yang agak tidak cukup makan, berapalah markah gua untuk test 2 ini. 

Gua nak tanya. Agak-agak bilalah, lepas je test gua tersenyum sebab gua boleh buat soalan test?

Manchester United juga telah disingkirkan dari cabaran UEFA Champions League apabila tewas dengan FC Basel 1983, 1-2. Ini meletakkan kedudukan The Red Army di tempat yang ke-3 di dalam Kumpulan C, seterusnya melayakkan diri ke cabaran Europa League bersama jiran yang memekak, Manchester City. Gua tak kira, tengah jatuh ke tengah naik ke, gua tetap sokong Manchester United. 

Congratulations, FC Basel 1983.

Itu cerita gua. Semoga gua akan rajin meng-update blog gua selepas ini. 

Sekian.

3 comments:

IQ = Iez Qis said...

rajen2....rajen2.....

mohdnabil said...

haha. betul betul betul!

biharahim said...

Terima kasih dear :) I do love you so much <3