Wednesday, August 24, 2011

#080 | wordless wednesday #12.


Gua memang ketandusan idea untuk bercerita. Harap maaf.

Sekian.

Wednesday, August 17, 2011

#079 | wordless wednesday #11.

A girl who makes me smile endlessly everyday.
Sekian.

#078 | wordless wednesday #10.


Salam Nuzul al-Quran 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadan 1432H.

Sekian.

Monday, August 15, 2011

#077 | melody monday #4.

#juaraplaylist #2.

Lagu kedua yang menjadi pilihan gua dan si dia :)

Gareth Gates - Unchained Melody.


Lirik dia sangat best, and of course jiwang. Musik dia sedap, dan tidak menghampakan halwa telinga anda. Lagu untuk si dia. :)

Sekian.



Sunday, August 14, 2011

#076 | opening day #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Semalam merupakan hari pembukaan bagi musim baru bola sepak Liga Perdana Inggeris. Orang ramai cakap, musim ini akan menjanjikan aksi-aksi yang lagi menarik berbanding musim lepas kerana ;

1) Manchester City beli Sergio Aguero, Mario Balotelli memang poyo.


2) Sir Alex Ferguson akan mengeluarkan tenaga kerja muda berbanding tahun-tahun yang lepas.


3) Francesc Fabregas pergi Barcelona, Samir Nasri nak pergi Manchester City. How Arsene can cope this season without them?


4) Liverpool memang banyak beli orang baru. Mesti King Kenny pening nak bagi siapa main.


Akan tetapi pada hari pembukaan semalam, aksi-aksi agak kurang kerana mungkin takut lagi London Riot tu. Cuma Bolton sahaja yang menggila dekat stadium milik QPR. Abang Barton yang suka tweet-tweet memang tak suka kalau ada orang jatuh saja-saja. Dia memang hot betul semalam.


Keputusan semalam.
Bolton Wanderers kini di takhta Liga Perdana Inggeris, mesti Owen Coyle tengah bangga sekarang.

Yes! Gua berjaya menapak di takhta liga!
Gua harap malam ini, Manchester United akan all out di tempat lawan.

Sekian.


Thursday, August 11, 2011

#075 | Diari Ramadhan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.


Sudahpun masuk hari ke-11 pada bulan yang amat mulia iaitu Ramadhan Al-Kareem. Sejujurnya, gua bukan seorang yang betul-betul baik atau warak seperti rakan-rakan gua yang lain. Gua amat bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Selama 10 hari di dalam bulan Ramadhan, macam-macam yang gua makan dan macam-macam juga yang gua belajar.

1) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan amalan sedekah di tabung-tabung masjid.

2) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan zikir-zikir yang kadang-kala kita tidak buat dalam bulan yang lain.

3) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan sifat kesabaran di atas semua dugaan-Nya.

4) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan amalan sunat yang kadang-kala kita tidak buat dalam bulan yang lain.

5) Bulan ini di mana buat kita sedar segala salah dan benda jahat yang kita buat, bukan sebab hasutan syaitan tapi sebab itulah diri kita.

Lahir rasa syukur gua terhadap pemberian Ilahi kerana gua masih dapat belajar lagi untuk memperbetulkan hidup gua. Gua masih ada masa untuk berubah demi orang-orang yang gua sayang, demi rakan-rakan di sekeliling gua. 

Maafkan gua jika ada punya salah dan silap. Gua harap tidak ada yang simpan dalam hati. Selamat berpuasa kepada semua.

Sekian.

Wednesday, August 10, 2011

#074 | wordless wednesday #9.





Sekian.

#073 | kenangan #8.

A Trip to Melaka : Part 3.










17) Aktiviti utama. Futsal. Telah dirancang begitu lama sebelum terlaksananya aktiviti alumni ini. Dalam pukul 1 pagi, kami bertolak dari Selandar ke Cheng untuk aktiviti merembat bola ini. Mengantuk pun sebat saja.

18) Gua menaiki kereta yang dipandu hebat oleh Fakharuddin ditemani oleh Azim Aziz. Jauh juga perjalanan dari sana ke sini. Kaki dah gatal nak sepak-sepak ni. 

19) 3 pasukan telah terbentuk. Kami main selama satu jam sebab ada yang penat dan tak nak penat sangat untuk aktiviti alumni untuk esok. Gua bedal je main. Ada yang datang tengok sebab tak larat nak main. Enjoy gila main. Dah lama tak lepak sama-sama, gurau senda, gelak besar-besar. 

20) Dalam pukul 3 lebih, tamat sesi merembat. Kami pulang ke destinasi masing-masing. Gua ikut balik ke rumah Fakha bersama Po'e dan Azim. Dalam perjalanan yang jauh, kami menghantar Syazwan Hamdan ke rumah beliau. Dalam pukul 5, baru sampai ke rumah si Fakha. Mengantuk jangan cerita, tahap gaban habis dah.

21) Bermain PS3 sambil menunggu azan subuh berkumandang. Mula-mula bertiga, lepas tu tinggal dua. Gua pun tidak sempat untuk mendengar azan. Terlalu letih, gila penat. Buka-buka mata, dah pukul 11 pagi. Siang dah rupanya. Badan masih sengal-sengal akibat kegirangan hari semalam. 

22) Akan pergi ke sekolah lagi. Last farewell kepada rakan-rakan. Gua akan balik hari ahad bersama Syazwan Abed. Tiket nak beli dah kejap lagi. Sampai-sampai, terus lepak dengan dorang dekat bilik sakit Aspura. Cerita punya cerita, planning punya planning. Gua balik hari isnin di atas persetujuan diri, ibu dan rakan-rakan yang lain. Gua extend lagi satu hari.

23) Durian. Banyak durian yang orang bawa hari ini. Kami makan dengan penuh perasaan. Sedap! Ada lah dalam 4-5 ulas gua makan. 

24) Sambungan lagi lepas ini.

Sekian.

Monday, August 8, 2011

#072 | melody monday #3.

#juaraplaylist #1.

Lagu ini pertama gua kasi kepada juara hati gua. :)

Hayad - Pilihanku.

Credit to Nizam Malik sebab kenalkan aku lagu ini.

Lirik dia amat bermakna bagi gua untuk beliau. Cuba lu orang dengar, hayati lirik. 

Sekian.

#071 | 19.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.


Gua memang salut corak permainan Manchester United untuk separuh masa yang kedua. 3 pertukaran Sir Alex Ferguson memang berhasil. Tom Cleverley, Phil Jones dan Johnny Evans memberi impak yang besar dalam melengkapkan lagi satu comeback. 

Gua terpaku apabila dua gol mudah telah dilepaskan oleh barisan pertahanan dan the new number one, David De Gea. Gua rasa beliau tak biasa lagi main surrounding baru. Confident Manchester City are ahead 2-0 at first half through Jonathan Lescott and Edin Dzeko goal.

Dengan menukar tiga pemain, menjadikan Rafael Da Silva sebagai captain, The Red Devils melengkapkan koleksi trofi Community Shield buat kali ke-19 sejajar dengan 19 kali juara liga. Dua gol dari pemain terbaik perlawanan, Nani dan Chris Smalling memberikan United kemenangan yang bergaya terhadap City. Harapan penyokong City punah lagi apabila Sergio Aguero tidak dikeluarkan. 

Manchester United 3 Manchester City 2.

Champions!

Gua rasa Ashley Young, Tom Cleverley, Phil Jones, David De Gea dan Danny Welbeck bakal menyerlah musim ini dibantu oleh Wayne Rooney dan rakan yang lain. Ini juga membuktikan, "Money alone can't buy success."

Sekian.


#070 | kenangan #7.

A Trip to Melaka : Part 2.











10) Setibanya di rumah Fakha, gua, Po'e dan Azim terus merebahkan badan ke lantai. Letih gila gua cakap. Esok bangun pukul berapa entah. 

11) Seperti yang dijangka, apabila matahari tegak di atas baru kami bangun. Melihat keadaan Kuala Lumpur di kaca tv, sambil makan nasi ayam dan milo ais. Terima kasih kepada tuan rumah dan Po'e sebab belikan.

12) Susur jalan ke sekolah, banyak menggamit memori. Gua tiba ke Sekolah Berasrama Integrasi Selandar pada petangnya. Tidak berubah sangat pun, cuma ada bonggol di jalan. 

13) Melihat wajah rakan-rakan lama, junior yang dah besar. Kecik pula gua rasa budak form 5 sekarang ni. Apa pasal eh?

14) Gua bermain bola sepak bersama Syazwan Abed dan Syafiq Alza di sebelah petang bersama budak form 2 dan 3. Mereka amat berbakat dalam clearkan bola. Boleh jadi defender Malaysia satu hari nanti. Sambil itu, pasukan rugbi alumni menentang pilihan sekolah. Hebat juga pasukan alumni walau dah lama tak main. Menang pula tu. 

15) Malam ada mock interview. Program alumni untuk pelajar SPM tahun ini. Gua jadi photographer bersama Syazwan Abed. Merata kami jalan menangkap gambar yang boleh tahan lawa dia. Yang nervous ada, yang takut ada, yang confident ada, yang tak rasa apa-apa pun ada.

16) Setelah selesai mock interview individu, tiba pula untuk group discussion. Gua kali ni tolong Po'e untuk jaga kumpulan 'Balance Diet'. Mereka ada idea tapi malu untuk bersuara. Kadang-kadang idea mereka terlalu text book sangat. Apa-apa pun, gua doakan kejayaan korang dalam hidup.

17) Sambungan selepas ini.

Sekian.

Saturday, August 6, 2011

#069 | kenangan #6.

A trip to Melaka : Part 1.
8-11 July 2011.










Peristiwa-peristiwa penting.

1) Gua dan Syazwan Abed dihantar oleh Mu'az Hazri ditemani oleh Darul Azam. Mereka sanggup patah balik ke rumah gua semata-mata nak ambil memory card. Kamera tanpa memory card, apa kejadahnya? Terima kasih buat mereka dan kek coklat.

2) Gua dan Syazwan Abed terpaksa mendengar luahan hati seorang rakyat negara tentang perhimpunan Bersih. 

3) Sekali lagi, di KL Sentral kami terpaksa meredah lautan manusia gara-gara kelewatan gerabak tren tiba di platform. Bila tren sampai, ada yang nak bertumbuk depan pintu, yang masuk tak nak kasi peluang pada yang nak keluar dan kami ditolak masuk oleh abang pengawal. Kami dalam tren dah tersepit dan merasa menjadi ikan sardin dalam tin.

4) Setibanya di Terminal Bandar Tasik Selatan, kami menarik nafas lega. Terus bergegas membeli tiket bas. Tiket bas yang kami beli pukul 10, sekarang pukul 7. 

5) Kami dan seorang lagi, Azim Aziz sudah bersedia untuk menaiki bas kami namun sampai lambat. Kami mendengar luahan seorang pak cik cina tentang sekatan jalan raya yang dikenakan oleh sebab perhimpunan Bersih itu. Kami tunggu punya tunggu, 10.30 malam baru sampai. Nak maki-maki pun ada. 

6) Menarik nafas lega sejurus bas bergerak ke destinasi. Ketiduran kami di dalam bas. Malam ini tidak sesak, bas dipandu laju dan kami boleh sampai awal.

7) Dalam pukul 12 lebih, kami tiba di perkarangan Melaka Sentral. Mencari rakan kami yang lain, kami berjalan ke arah tempat letak kereta. Saga putih memang menonjol ketika itu. Fakha dan Po'e mula timbul pada pandangan kami setelah kami berjalan ke arah mereka.

8) Transformer 3 3D. Terus pergi tengok wayang walaupun terlambat beberapa minit. Azim Aziz diberikan tiket percuma masuk selepas beliau seorang sahaja yang tidak ada tiket. Untung gila kawan gua ni. Campur dengan mengantuk dan penat, gua layan Optimus Prime punya cerita. Kami berjumpa dengan member yang lain yang sudah menunggu di dalam panggung tersebut.

9) Lapar. Lepas tu, kami beramai-ramai bermoreh di McD Dataran Pahlawan. Masing-masing bertukar cerita, maklumlah sudah 4 tahun tidak berjumpa. Ada yang study overseas dan dari tempatan. Kami bertolak ke rumah Fakha untuk merehatkan diri.

10) Sambungan selepas ini.

Sekian.

#068 | really?

Assalamualaikum and a very good day to all readers.


Gua ada terbaca artikel ini selepas selesai menunaikan kewajiban pada yang Esa. Gua saja jalan-jalan baca artikel dan gua jumpa yang ini. Starbuck Coffee is proven to be halal as mention by JAKIM. Yang gua sangsi, benda ni dah lama dah pun, ada yang cakap tak halal. Then, siapa-siapa especially Muslims yang pergi sana macam buat satu kesalahan. Gua bukan nak cakap apa, gua rasa macam tersepit di antara betul dan salah. Mana satu nak dengar, mana satu nak ikut, mana satu yang nak jadi panduan. 

Ini macam kes minuman Barbican tu. Kejap cakap halal. 2-3 hari lepas tu, haram pula. Then, halal balik. Gua pun naik pening juga lah sebab gua pernah minum. Gua minum sebab ada tanda halal, benda dah lama then baru diorang nak kaji, apa pasal macam tu? Patut sebelum masuk negara lagi, kena periksa ke-halal-an makanan dan minuman agar tidak menimbulkan syak wasangka. 

Halal atau tidak?

Gua hanya meluahkan apa yang gua rasa dan tidak ada niat untuk menunding jari kepada sesiapa. Jika sudah timbul rasa was-was, elok ditinggalkan.

Sekian.



Wednesday, August 3, 2011

#067 | wordless wednesday #8.


Ini mungkin gua masa sekolah rendah tanpa kaca mata.

Sekian.

#066 | wordless wednesday #7


Gua rasa tiba-tiba rindu dekat gajah tu.

Sekian.