A Trip to Melaka : Part 3.
17) Aktiviti utama. Futsal. Telah dirancang begitu lama sebelum terlaksananya aktiviti alumni ini. Dalam pukul 1 pagi, kami bertolak dari Selandar ke Cheng untuk aktiviti merembat bola ini. Mengantuk pun sebat saja.
18) Gua menaiki kereta yang dipandu hebat oleh Fakharuddin ditemani oleh Azim Aziz. Jauh juga perjalanan dari sana ke sini. Kaki dah gatal nak sepak-sepak ni.
19) 3 pasukan telah terbentuk. Kami main selama satu jam sebab ada yang penat dan tak nak penat sangat untuk aktiviti alumni untuk esok. Gua bedal je main. Ada yang datang tengok sebab tak larat nak main. Enjoy gila main. Dah lama tak lepak sama-sama, gurau senda, gelak besar-besar.
20) Dalam pukul 3 lebih, tamat sesi merembat. Kami pulang ke destinasi masing-masing. Gua ikut balik ke rumah Fakha bersama Po'e dan Azim. Dalam perjalanan yang jauh, kami menghantar Syazwan Hamdan ke rumah beliau. Dalam pukul 5, baru sampai ke rumah si Fakha. Mengantuk jangan cerita, tahap gaban habis dah.
21) Bermain PS3 sambil menunggu azan subuh berkumandang. Mula-mula bertiga, lepas tu tinggal dua. Gua pun tidak sempat untuk mendengar azan. Terlalu letih, gila penat. Buka-buka mata, dah pukul 11 pagi. Siang dah rupanya. Badan masih sengal-sengal akibat kegirangan hari semalam.
22) Akan pergi ke sekolah lagi. Last farewell kepada rakan-rakan. Gua akan balik hari ahad bersama Syazwan Abed. Tiket nak beli dah kejap lagi. Sampai-sampai, terus lepak dengan dorang dekat bilik sakit Aspura. Cerita punya cerita, planning punya planning. Gua balik hari isnin di atas persetujuan diri, ibu dan rakan-rakan yang lain. Gua extend lagi satu hari.
23) Durian. Banyak durian yang orang bawa hari ini. Kami makan dengan penuh perasaan. Sedap! Ada lah dalam 4-5 ulas gua makan.
24) Sambungan lagi lepas ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment