Monday, August 8, 2011

#070 | kenangan #7.

A Trip to Melaka : Part 2.











10) Setibanya di rumah Fakha, gua, Po'e dan Azim terus merebahkan badan ke lantai. Letih gila gua cakap. Esok bangun pukul berapa entah. 

11) Seperti yang dijangka, apabila matahari tegak di atas baru kami bangun. Melihat keadaan Kuala Lumpur di kaca tv, sambil makan nasi ayam dan milo ais. Terima kasih kepada tuan rumah dan Po'e sebab belikan.

12) Susur jalan ke sekolah, banyak menggamit memori. Gua tiba ke Sekolah Berasrama Integrasi Selandar pada petangnya. Tidak berubah sangat pun, cuma ada bonggol di jalan. 

13) Melihat wajah rakan-rakan lama, junior yang dah besar. Kecik pula gua rasa budak form 5 sekarang ni. Apa pasal eh?

14) Gua bermain bola sepak bersama Syazwan Abed dan Syafiq Alza di sebelah petang bersama budak form 2 dan 3. Mereka amat berbakat dalam clearkan bola. Boleh jadi defender Malaysia satu hari nanti. Sambil itu, pasukan rugbi alumni menentang pilihan sekolah. Hebat juga pasukan alumni walau dah lama tak main. Menang pula tu. 

15) Malam ada mock interview. Program alumni untuk pelajar SPM tahun ini. Gua jadi photographer bersama Syazwan Abed. Merata kami jalan menangkap gambar yang boleh tahan lawa dia. Yang nervous ada, yang takut ada, yang confident ada, yang tak rasa apa-apa pun ada.

16) Setelah selesai mock interview individu, tiba pula untuk group discussion. Gua kali ni tolong Po'e untuk jaga kumpulan 'Balance Diet'. Mereka ada idea tapi malu untuk bersuara. Kadang-kadang idea mereka terlalu text book sangat. Apa-apa pun, gua doakan kejayaan korang dalam hidup.

17) Sambungan selepas ini.

Sekian.

2 comments:

biharahim said...

okay. waiting for no 17 :)

mohdnabil said...

hee, nanti sampai dear! :)