Thursday, August 11, 2011

#075 | Diari Ramadhan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.


Sudahpun masuk hari ke-11 pada bulan yang amat mulia iaitu Ramadhan Al-Kareem. Sejujurnya, gua bukan seorang yang betul-betul baik atau warak seperti rakan-rakan gua yang lain. Gua amat bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Selama 10 hari di dalam bulan Ramadhan, macam-macam yang gua makan dan macam-macam juga yang gua belajar.

1) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan amalan sedekah di tabung-tabung masjid.

2) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan zikir-zikir yang kadang-kala kita tidak buat dalam bulan yang lain.

3) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan sifat kesabaran di atas semua dugaan-Nya.

4) Bulan ini di mana kita boleh praktikkan amalan sunat yang kadang-kala kita tidak buat dalam bulan yang lain.

5) Bulan ini di mana buat kita sedar segala salah dan benda jahat yang kita buat, bukan sebab hasutan syaitan tapi sebab itulah diri kita.

Lahir rasa syukur gua terhadap pemberian Ilahi kerana gua masih dapat belajar lagi untuk memperbetulkan hidup gua. Gua masih ada masa untuk berubah demi orang-orang yang gua sayang, demi rakan-rakan di sekeliling gua. 

Maafkan gua jika ada punya salah dan silap. Gua harap tidak ada yang simpan dalam hati. Selamat berpuasa kepada semua.

Sekian.

5 comments:

aiman said...

Alhamdulillah..

NadiRah said...

slmt beramal!! ^^


p/s : oh!! lamenya tak jenguk sini...
dtg ziarah yer nabel... ^^

Anonymous said...

bagus abg nabil kite niii....

biharahim said...

Alhamdullilah. masih diberi peluang & masa untuk berubah. i'll support you dear. :]

Anyyss Shuhaimi said...

insya-Allah!