Saturday, August 6, 2011

#069 | kenangan #6.

A trip to Melaka : Part 1.
8-11 July 2011.










Peristiwa-peristiwa penting.

1) Gua dan Syazwan Abed dihantar oleh Mu'az Hazri ditemani oleh Darul Azam. Mereka sanggup patah balik ke rumah gua semata-mata nak ambil memory card. Kamera tanpa memory card, apa kejadahnya? Terima kasih buat mereka dan kek coklat.

2) Gua dan Syazwan Abed terpaksa mendengar luahan hati seorang rakyat negara tentang perhimpunan Bersih. 

3) Sekali lagi, di KL Sentral kami terpaksa meredah lautan manusia gara-gara kelewatan gerabak tren tiba di platform. Bila tren sampai, ada yang nak bertumbuk depan pintu, yang masuk tak nak kasi peluang pada yang nak keluar dan kami ditolak masuk oleh abang pengawal. Kami dalam tren dah tersepit dan merasa menjadi ikan sardin dalam tin.

4) Setibanya di Terminal Bandar Tasik Selatan, kami menarik nafas lega. Terus bergegas membeli tiket bas. Tiket bas yang kami beli pukul 10, sekarang pukul 7. 

5) Kami dan seorang lagi, Azim Aziz sudah bersedia untuk menaiki bas kami namun sampai lambat. Kami mendengar luahan seorang pak cik cina tentang sekatan jalan raya yang dikenakan oleh sebab perhimpunan Bersih itu. Kami tunggu punya tunggu, 10.30 malam baru sampai. Nak maki-maki pun ada. 

6) Menarik nafas lega sejurus bas bergerak ke destinasi. Ketiduran kami di dalam bas. Malam ini tidak sesak, bas dipandu laju dan kami boleh sampai awal.

7) Dalam pukul 12 lebih, kami tiba di perkarangan Melaka Sentral. Mencari rakan kami yang lain, kami berjalan ke arah tempat letak kereta. Saga putih memang menonjol ketika itu. Fakha dan Po'e mula timbul pada pandangan kami setelah kami berjalan ke arah mereka.

8) Transformer 3 3D. Terus pergi tengok wayang walaupun terlambat beberapa minit. Azim Aziz diberikan tiket percuma masuk selepas beliau seorang sahaja yang tidak ada tiket. Untung gila kawan gua ni. Campur dengan mengantuk dan penat, gua layan Optimus Prime punya cerita. Kami berjumpa dengan member yang lain yang sudah menunggu di dalam panggung tersebut.

9) Lapar. Lepas tu, kami beramai-ramai bermoreh di McD Dataran Pahlawan. Masing-masing bertukar cerita, maklumlah sudah 4 tahun tidak berjumpa. Ada yang study overseas dan dari tempatan. Kami bertolak ke rumah Fakha untuk merehatkan diri.

10) Sambungan selepas ini.

Sekian.

No comments: