Tuesday, May 31, 2011

#024 | teman baru.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Aku ada teman baru. 

Baru dapat dana nak buat kolam. Itu pun dapat 5 ekor ikan merah. Aku dah bagi nama dekat dorang.

Pe'ah
Dollah
Karim
Olla
Arel

Aku nak cakap awal-awal, nama dorang tak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Nama hanya untuk buat mereka dikenali di sini. 

Kalau kamu-kamu semua klik dekat kolam tu, korang actually dah bagi makan dekat dorang. Kira sedekah pun ada juga. Bagi lah mereka makan banyak-banyak. Aku nak tengok, kalau-kalau dorang boleh jadi besar macam ikan paus ke. Aku happy tengok dorang pusing-pusing dalam kolam. Jaga-jaga, ikan ini mengigit.

Sekian.

Monday, May 30, 2011

#023 | hari kurang asap.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Esok merangkap 31 Mei 2011, hari Selasa, merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia atau dengan kata lain, kamu-kamu orang tak boleh guna tembakau esok. Ada juga yang mengatakan Hari Tanpa Rokok Sedunia. Rokok memag sinonim dengan tembakau. Tanpa tembakau, siapalah Dunhill, Kent dan Gudang Garam?




Rokok, famous among belia-belia terutamanya. Brand-brand seperti Dunhill, Benson & Hedges, Winston, Semporna, Kent, dan macam-macam lagi memang terkenal di bibir perokok tegar. Memang bukan satu kepelikkan kalau kita tengok orang hisap rokok. Bukan depa hisap benda lain pun, rokok je. Hembus asap sana, orang sini pula sedut. Tak payah pun nak beli. 

Tapi rokok SKL ni special sikit. Ada perisa bau asap dia.

Kotak pun lawa, aku terasa je nak beli. 

Sekarang, bukan lelaki je yang hisap. Dulu-dulu kaler, iyelah. Perempuan hisap nampak pelik gila macam dorang berjalan tanpa sehelai kain. 

"Awek tu hisap rokok beb, perggh!"

Layan beb. Kan?

"Awek tu layan rokok Dunhill, kau Gudang je? Takde kelas betul kau ni. Buat malu kaum Adam je."

Semua dah sama sekarang. Ramai lelaki dan ramai perempuan yang hisap. Tak takut ke kalau-kalau ada penyakit nanti? Apa-apa jadi dekat badan ke? Nak tanya kenapa hisap rokok, persoalan itu sudah timbul 15 tahun yang lepas. Jawapan dia, kebanyakkan sama. Ikut kawan, nak nampak cool, suka hati bapak tiri dorang. Kalau nak suruh dorang ni berhenti, ada je alasan. Macam mak cik kat bawah ni.


Gua rileks je, hidup lama juga.


Sempena dengan esok, aku nasihatlah kepada rakan-rakan aku dan sesiapa perokok tegar di luar tu. Kurang-kurangkan hembus asap ni. Tak sihat kepada anda dan orang sekeliling anda. 

Tapi aku nak tanya, pernah ke Hari Tanpa Rokok ni memang hari kurang asap rokok? Ke sama je macam hari-hari yang lain?

Sekian.


#022 | mata menyepet.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Pelikkan update blog di pagi hari di kala semua rakyat serta belia negara sedang nyenyak tidur dan ada juga yang berjaga untuk mendirikan solat sunat atau qiamullail. Aku, berjaga sebab tak boleh nak tidur. Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ini, pola tidur aku berubah secara drastik. Malam nak tidur susah, siang pula mau tidur. Dah macam satu superhero ni.

Malam berjaga, siang tutup mata.
Aku berusaha untuk melelapkan mata ini kembali. Macam-macam aku buat. Berbungkus dengan selimut, pusing sana, pusing tiga ratus enam puluh darjah, pasang lagu, pasang lampu tutup lampu. Mata aku tak mau juga tutup-tutup. So, komputer riba aku menjadi mangsa. Kadang-kala, fikiran aku melayang-layang ke mana pun aku tak tau. 

"Apa nak jadi masa besar nanti?"

"Apa aku nak buat dengan laptop aku ni?"

Boring, bosan. Tak tahu nak buat apa pagi buta ni. So, buka lah blog-blog yang ramai pembaca. Aku jumpa satu. Tajuk memang menarik. Aku memang tertarik dan terus membaca dengan bersungguh.


Kita diberikan nikmat Islam tetapi gagal untuk menikmati nikmat itu dengan sebetulnya. Insan yang lemah macam saya, banyak salah, macam-macam salah. Islam pada zaman Rasullulah S.A.W didapati dengan cara yang susah, memerlukan pengorbanan hidup tetapi pada zaman kini, kita dilahirkan terus jadi seorang muslim. Bertuah kita mendapat Islam. Persoalannya, Bertuahkah Islam mendapat kita? 

Aku harap ini dapat membuka mata kita sedikit sebanyak tentang agama kita ini. 

Sekian.

Sunday, May 29, 2011

#021 | hero zaman silam #1.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Aku percaya bahawa ada superhero dalam dunia ini. Aku percaya bahawa ada orang jahat dalam dunia ini. Kalau orang jahat ramai, superhero mesti kuat punya. Paling kurang pun ada pistol besar, takpun member-member ramai. Dengan berbekalkan kostum yang gerek-gerek, aku terpesona dengan kehadiran mereka di dalam kotak televisyen.

Kadang-kala mama aku melarang aku untuk terus menonton superhero-superhero ini beraksi kerana berpendapat ada keganasan. Keganasan tak elok didedahkan kepada kanak-kanak. Nanti terikut, susah. Tapi aku tetap tegar di sisi mereka. Salah satu superhero kegemaran aku.

Mighty Morphine Power Rangers.
Lima sekawan yang memang terkenal pada zaman aku kanak-kanak. Power Rangers, menentang mutant-mutant jahat. Di sebalik aksi-aksi mereka terbang, meletup, kena pukul, pukul orang jahat dan bertukar menjadi Power Rangers, aku tertarik dengan seorang awek ni.

Kimberly, si merah jambu.
Bukan setakat awek je, aku paling suka robot dia. Setiap kali mutant jadi besar sebab dah nak kalah, muncul mereka bersama zords mereka. Gabung-gabung jadi Megazord. Kagum betul aku ketika itu. Nganga mulut tak tutup.

Megazord.
Lepas tu, siap keluar movie lagi tu. Memang semangat aku nak tengok. Terbaik lah mereka ini pada zaman saiz kasut aku tak cecah 7 lagi. Siap paksa parents suruh beli mainan lah, nak kostum bagai. 

Movie superhero pertama.
Kalau siapa-siapa yang tengok rancangan ini dahulu, mesti kamu-kamu ingat lagu ni.

Lagu pembukaan mereka.

Go Go Power Rangers!

Sekian.
  

#020 | header.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Frust tu memang ada lah tapi FC Barcelona is way better than The Red Army. Lionel Messi dan rakan-rakan memaksa anak buah Sir Alex Ferguson untuk kejar bola bukan kejar jaringan. Semangat nak kejar tu ada lah dari jalan-jalan kosong atas padang. Congratulations to The Catalans for winning their fourth european title. Aku tetap dengan Manchester United. Biarlah fans-fans dari kelab lain nak bising ke, nak maki ke, nak kutuk-kutuk ke, aku tetap menyokong Manchester United.

Aku tetap dengan korang. 

Akan tetapi ini bukan perbincangan utama kita. Kalau kamu-kamu tengok kat atas tu, aku ada hasilkan satu header baru. Aku nak ucapkan banyak terima kasih pada pemilik blog di bawah ini sebab cetuskan idea untuk aku mula buat sendiri. Biar simple tapi aku suka. 


Aku juga ingin berterima kasih kepada pemilik blog di bawah ini sebab pernah buatkan aku header yang comel. Aku tetap akan menghargainya.


Aku gembira pada hari ini. 

Sekian.

#019 | harapan seorang peminat.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.



Wembley Stadium.

28 May 2011.

Fighting for four collecting trophies.


Saya mengharapkan Manchester United akan membawa pulang kejuaraan eropah buat kali ke-4 dan tidak kecewa buat kali kedua. 

Glory Glory Man United, as The Reds go marching,
On, on, on!

My heart will be REDS tonight.
Sekian.


Friday, May 27, 2011

#018 | tempat makan pelik-pelik.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak tidur sedangkan aku tidak tidur petang atau baring dengan jayanya di katil pada waktu petang. Aku belek-belek channel dekat televisyen dan ini yang aku jumpa.

Aiskrim tahi?

Ada semangat kamu-kamu semua nak makan makanan macam ini? Aiskrim coklat yang berbentuk tahi diletak di atas jamban. Memang aku teringat waktu melaburkan diri. Namun, ini menjadi tarikan pelanggan mereka di Taiwan. Mereka sudahpun membuka beberapa lagi cawangan atas sebab ramai yang suka. Ramai eh yang suka makan macam ini?


Makan dekat bath tub.

Comelnya jamban pink.

Macam public toilet pun ada.
Sedap :)

Pelik habiskan mereka ini? 

Sekian.




#017 | minggu kaki wayang #2 : KL Gangster.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Another week of fantastic movies being release. Pirates of Caribbean: On Strangers Sides, Kung Fu Panda 2. Hari ini, aku nak highlightkan tentang ini.


Tajuk memang ganas bro, main pukul-pukul orang ni. Tak adanya nak jerit serupa pondan, tak adanya lari sana-sini ketakutan. Semua jantan mau tunjuk hebat. Satu lagi terbitan anak Datuk Yusuf Haslam, dan dibintangi oleh ramai juga pelakon terkenal. 




Nak tengok depa ni dok pukul sana sini, nak jadi paling taiko dekat Kuala Lumpur ibu negara. Kamu-kamu semua kena tonton ini di panggung wayang.

Sekian.

#016 | wira-wira tumbang.

Assalamualaikum and a very good day to all readers. 

Semalam telah berakhirnya perjuangan wira-wira negara di dalam arena sukan badminton selepas tewas lagi sekali di peringkat suku akhir BWF Sudirman Cup 2011, 2-3 di tangan Korea Selatan manakala China seperti biasa memenangi perlawanan mereka menentang India, 3-1.

Pertukaran taktik melihatkan Koo Kien Keat digandingkan dengan pasangan wanita, Chin Eei Hui menerusi beregu campuran namun tetap tewas kepada gandingan Ko Sung Hyun dan Ha Jung Eun, 17-21, 17-21. Datuk Lee Chong Wei seperti biasa, menang ke atas perseorangan Korea Selatan, Park Sung Hwan, 21-18, 21-14. Beregu lelaki juga memenangi perlawanan mereka akan tetapi kontinjen Malaysia tewas lagi dua baki perlawanan iaitu, beregu wanita dan perseorangan wanita. 

Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia yang sebelum ini tewas kepada Indonesia 2-3, sekali gus gagal untuk  layak ke separuh akhir. Tumbanglah wira-wira negara di Qingdao, China.

Namun, aku tetap sokong Park sabtu ini.
Sekian.

Thursday, May 26, 2011

#015 | tauke kejam.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Post hari ini berkisahkan tentang jual beli. Biasalah jual beli barang, tawar-tawar. Kalau tawar-menawar ni, aku memang nak harga paling rendah. Selalu berlaku lah dekat Petaling Street, Uptown dan seumpamanya. Kadang-kadang kena marah pun ada. Itu jual beli barang. 

How about this?


Ini bukan macam kelab-kelab bola nak beli player-player yang mereka inginkan. Ini macam hamba zaman moden. Orang-orang yang biasanya duduk tinggal di pendalaman yang amat dalam, mereka diberi dengan harapan yang bersinar-sinar. 

"Anda akan dapat peluang pelajaran bagi yang kanak-kanak dan remaja. Bagi yang dewasa, peluang pekerjaan juga ada disediakan. Masa depan kamu-kamu semua akan cerah selepas ini. Cuma isi borang ini, dan sign di bawah. Mudah kan?"

Mudah, mudah. Orang-orang yang isi tu bukannya faham. Mereka terputus dari segala ilmu yang ada disekitar mereka. Mereka percaya dengan janji-janji manis yang ditawarkan dari mulut-mulut si jahanam. Selepas itu, mereka akan dihantar oleh pihak "majikan" mereka ke tempat yang ditetapkan. Setelah beberapa minggu, tiada pun apa yang mereka harapkan. 

Remaja-remaja khususnya wanita dipaksa untuk menjual maruah mereka untuk mendapatkan duit, bukan untuk mereka tetapi untuk pihak "majikan" mereka yang tidak berhati perut. Kesian mereka, dengan hanya mereka percaya bahawa ada peluang untuk mereka hidup dengan lebih baik, jadi lagi cilaka angkara manusia-manusia yang buta perut.



Ada juga yang menjadi buruh. Buruh yang tidak berbayar, kerja satu hari suntuk. Ini mereka lakukan kerana kepercayaan mereka terhadap peluang untuk hidup lebih baik, yang disogok oleh manusia yang buta hati. 



Adakah mereka tidak berhak mendapat kehidupan yang lebih baik?





Sekian.

Wednesday, May 25, 2011

#014 | uncharted 2.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Ada sesiapa di sini minat bermain video game? Especially PS3. Di sini aku ada satu game yang best. 


Game ini ada macam National Tressure yang keluar dekat wayang tu, dibintangi oleh Nicholas Cage. Rebut-rebut barang pra-sejarah. Game ini berkisahkan Nathan Drake bersama sekutunya Harry Flynn dan Chloe. Kemudian, si Flynn ni boleh tikam belakang member dia tu. So, Nathan Drake [watak utama] terus pergi mencari barang pra-sejarah tu dengan menentang segala apa yang menghalang dia. Bermacam-macam hal dan ada juga solving puzzle. 

shooting scene.
shooting sambil tolong member.
scene di pergunungan Tibet.
lompat-lompat kereta api pun ada.

Senang cerita, dalam game ini macam-macam ada. No wonder lah jadi Game of the Year mengalahkan Call of Duty : Modern Warfare 2. Tak rugi beb main game ini. Aku kasi 9 dari 10.

Sekian.

Tuesday, May 24, 2011

#013 | spesis yang suka marah.

Assalamualaikum and a very good day to all readers. 

Hari ini, aku nak cakap pasal MARAH

ini ANGRY BIRD, takde kena mengena dengan ini cerita.

Marah ada banyak kategori, dan macam-macam bentuk kita boleh klasifikasikannya. Marah juga mesti ada sebab, kalau marah tanpa sebab itu namanya sakit otak. Bagi aku, sebab-sebab marah boleh datang dari;

Pertama
Kita tak dapat benda yang kita nak atau impikan.

Geram dibuatnya. Kadang-kadang kita usaha, macam-macam dah buat tapi tetap tak dapat juga. Nak buat macam mana, semua itu telah di tulis di tangan takdir. Terima dengan hati yang terbukalah. 

Kedua
Something yang kita sayang atau suka, hilang atau entah ke mana.

Misplaced. Lupa. Perkara biasa yang akan dialami oleh manusia. Selalu juga jadi dekat aku. Letak sini, cari sana. Lepas tu, hempas barang. Nasib tak hentak kepala.

Ketiga
Mungkin seseorang tidak sehaluan kepala dengan kita.

Kita rasa kita betul tapi ada je yang bantah. Lepas tu, pangkah elok-elok takpe. Ni siap nak maki-maki. WTH?! Siapa tak panas beb?

Keempat
Layan kita macam sampah?

Yang ini jarang berlaku tapi ada je berlaku sana-sini. Kadang-kadang, ada juga manusia yang bajet mereka itu baik sangat, memilih kawan sangat. Yang betul-betul jahat tu memang eloklah ditinggalkan. Ini yang nakal sikit-sikit, yang kadang-kadang tak sekepala pun kena layan macam sampah juga ke? Sedarlah wahai manusia, tiada siapa yang sempurna.

Kelima
Mengutuk atau mengata sesuatu yang buruk atas diri atau sesiapa yang kita sayang.

Yang ini memang aku pantang. Orang mengata aku takpe lah sangat, ini sampai mak, ayah, adik beradik, sepupu, datuk, nenek semua kau nak bantai sedap mulut. Lempang mau?

Keenam
Orang memandu macam haram?

Bukan nak cakap kita nak bagus sangat drive macam O'Connor dalam Fast Five, tapi kita tahu lah undang-undang, mana boleh buat mana tak boleh. Ini nak belok, signal tak bagi. Nak brek pun dekat-dekat. Nak cium ke apa? Harap kereta besar, otak kecik.

Aku rasa banyak lagi sebab-sebab nak marah sebab manusia pun lain-lain. Lain ragam, lain pula timing nak marah. Bagi aku lah, nak marah ni tak salah sebenarnya. Ada hak kita nak marah tapi seeloknya kita sabar dahulu. Bukan sabar itu separuh daripada Iman? 

Sekian.

Monday, May 23, 2011

#012 | kreatif?

Assalamualaikum and a very good day to all readers. 

This post going to be a short one. Apa kata kamu semua tentang ini?


Adakah ini satu permainan yang boleh kita ceburi pada masa hadapan? Boleh sahaja ketika anda bosan menunggu rakan mandi di tandas atau anda bosan menunggu di kala keseorangan. 

Kreatifkan mereka ini? 

Sekian.

#011 | Que Sera Sera, Champione!

Assalamualaikum, and a very good day to all readers.


Semalam, 22 Mei 2011 merupakan hari yang bahagia buat Sir Alex Ferguson serta angkatannya selepas menjulang trofi milik Manchester United yang ke sembilan belas di depan ribu-ribuan penyokong setia The Red Army. Pada hari yang sama, United telah menewaskan Blackpool yang juga tersingkir dari Liga Perdana Inggeris, 4-2. 


Gol dari Park Ji-Sung, Anderson, gol sendiri dari Ian Evatt dan Micheal Owen telah menumbangkan kelab bimbingan Ian Holloway ke Championship Division musim akan datang. Yang menarik perhatian aku semalam, gol pertama Charlie Adam.



Even Edwin Van Der Sar could not defend a ball like that. Semalam juga merupakan perlawanan terakhir buat Edwin Van Der Sar yang mengumumkan bahawa beliau tidak lagi akan bersama United pada musim hadapan. Aku harap Lindegaard dan rakan-rakan boleh menguatkan diri masing-masing untuk musim hadapan.

tinggal satu je lagi musim ini, against FC Barcelona.




Semalam juga aku telah menonton satu filem tempatan iaitu Cun. Filem arahan Osman Ali ini tidak menghampakan penonton seperti aku, kerana jalan ceritanya agak menarik dan ada input. Ayat paling aku tak boleh lupa,

"KLCC dengan sawah padi, mana boleh masuk."

Filem ini, aku boleh bagi 6 dari 10. Aku rasa lebih bagus dari cerita Kongsi.

Sekian.

Saturday, May 21, 2011

#010 | roti tampal.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Sedap dapat makan roti tampal cicah kuah dal, sehingga menjilat pinggan. Lagi seronok apabila keputusan peperiksaan akhir semester lepas sudah ditampal di senarai tampal. Melihat status rakan-rakan, aku teruja untuk melihat hasil kerah tenagaku sepanjang semester empat Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. 

 masa darjah satu dulu, aku rileks je. nak exam ke tak exam ke, aku tetap girang bermain.

"Macam mana result kau? Mesti dekan kan?"

"Kau mesti dekan punya. Tak payah tengok pun tak apa."

Kata-kata yang sering keluar dari mulut rakan-rakan. Kadang-kadang ada yang pedas, ada yang bagi sejuk hati. Setelah melihat segala-segalanya di senarai tampal, aku tak rasa macam nak koyak senarai tu. Bersyukur kepada Nya dan aku terima keputusan itu dengan hati yang terbuka. 

"Next semester ada lagi."

Kata-kata penyedap hati. Dari mata menghadap keputusan itu, baik aku layan LMFAO.

setiap hari aku nak shuffling.

Kepada mahasiswa dan mahasiswi yang dah tahu keputusan, janganlah anda bersedih sangat atau frust kerana semester depan ada lagi untuk kita bantai habis-habisan. 

Sekian.


Friday, May 20, 2011

#009 | lagi kecewa.

sesiapa yang tidak pernah membaca bahagian satu, silalah klik di atas.

Pe'ah [bukan nama sebenar] telah bahagia bersama pasangannya iaitu,


Mereka telah menjalani satu kehidupan yang normal, di mana lawak-lawak yang dihasilkan oleh teman lelaki Pe'ah amat disukai dan diterima dengan sepenuh hati. Pe'ah merasakan bahawa lelaki ini lah yang terbaik di dalam hidupnya. Pada satu ketika, lelaki itu pernah berjanji kepada Pe'ah tentang sesuatu.

"Pe'ah baby, kalau abang menanglah pertandingan tu. Abang akan belikan baby sebuah rumah dan sebiji kereta tau!"

"Wah! Nak nak! Abang kenalah menang. Pe'ah nak rumah, nak kereta barulah senang hidup nanti. Abang kena janji dekat Pe'ah, abang menang tau. Janji?"

Satu perjanjian telah dimaterai di antara mereka ketika itu sedang menikmati juadah makan tengah hari di warung tepi jalan. Lelaki itu berusaha, setiap minggu untuk tidak tewas di dalam pertandingan tersebut. Minggu demi minggu ditempuhinya, Pe'ah tetap menyokongnya dari belakang. Begitu juga dengan abang Mamat Khalid. Tengok sahajalah komen abang Mamat Khalid ini.


Kan kan? Si Pe'ah memang sukalah abang kesayangan dia dipuji. Sekepala dengan abang Mamat Khalid. Setiap hari Pe'ah membeli top up untuk mengundi abang kesayangannya. Setiap hari 10 hengget, mau makan beribu-riban dengan harapan, abang kesayangannya akan menang!

Tetapi hajat Pe'ah sekali lagi kecundang. Seperti kejadian yang lepas-lepas. Hatinya hancur kembali, retak setelah ditampal. 


"Abang tipu Pe'ah! Abang cakap abang nak menang. Habis duit Pe'ah beli top up, beli banner untuk abang tapi abang kalah. Apa yang abang dapat untuk Pe'ah?"

"Bila abang tipu Pe'ah? Abang dah usaha sedaya upaya, seikhlas mungkin. Apa lagi yang Pe'ah nak?"

"Usaha abang tak cukup baik. Sampai di sini sahaja hubungan kita. Selamat jalan!"

"I'm Sorry!"

Namun maaf tidak lagi diterima oleh Pe'ah. Pe'ah terus pergi, pergi dan pergi.

Sarah [bukan nama sebenar] memberi rakan karibnya dengan kata-kata semangat supaya Pe'ah tak buat benda yang pelik-pelik. Cukuplah dengan perangai pelik dengan mendengar lagu-lagu Justin Bieber tanpa henti tu. 

"Janganlah macam ni Pe'ah. Kau asyik murung je, dah macam tempurung aku tengok muka kau. Ramai lagi lah kumbang kat luar sana. Apa yang kau nak risau? Muka kau lawa ala-ala Gwyneth Paltrow, tinggi pun ada."

Pe'ah tetap sedih. Dua kali dikecewakan. Dua kali, bukan sekali. Pe'ah cuba untuk mencari sumber-sumber untuk mengubati sakit hatinya itu. 

Sakitnya tidak lama. Ada pengganti yang hadir dalam hidupnya. Ingin tahu siapa pengganti baru untuk Pe'ah? Sama-sama kita nantikan bahagian seterusnya!

Sekian.

#008 | mereka membakar.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Dalam dunia bola sepak, penyokong kutuk-mengutuk antara satu sama lain itu biasa. Satu kebiasaan lagi-lagi bagi seseorang yang betul-betul fanatik. 

"Manchester United loser. Menang pun nasib lah!"

"Chelsea pun. Dah lah kalah, nak bising-bising pulak!"

Itu senario di tanah air kita. Perang mulut memang kita dah tak boleh nak lari. Bakar stadium pun ada juga, bakar sana bakar sini. Itu memang tak sihatlah. Baling-baling mercun, baling kerusi, baling botol, baling itu ini. Sakit telinga mendengar, lagi sakit mata melihat.



Cuba lihat ini.



Abang Mat Luthfi pun ada cakap,

"Singing along, booing each other.."


Kan lebih sihat dan tidak menyakitkan anggota fizikal?

Seperti di eropah misalnya kelab yang aku paling minat, Manchester United. Aku tengok fans mereka tak ada pun nak bakar stadium, nak campak kerusi merata. Tak kisahlah fans home ataupun away. They just like singing along, boo sana sini. Duduk sebelah-sebelah tak ada pun nak bergaduh. Yang ada insiden gaduh tu biasalah, mungkin mabuk arak atau betul-betul die hard fans.

Mereka juga suka menggantung banner di stadium mereka dan juga yang lain.

 menggambarkan 35 tahun, jiran mereka tiada trofi.


Manchester City membalas balik selepas mereka menjuarai FA Cup.


Kelihatan "M.U.F.C 19 TIMES" di Anfield.

Ini namanya perang psychology atau perang minda dan itu biasa berlaku. Boleh juga kita gantung banner di tepi stadium tu, kasi bakar sikit opponents. Bukannya bakar kerusi ke bakar stadium.

Sekian.

Thursday, May 19, 2011

#007 | tukar baju.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Post ini tidak ada kena mengena dengan tukar baju atau buka baju atau mana-mana adegan lucah yang bersangkut paut dengan baju atau apa-apa tayangan percuma. Memang tidak ada connection bak kata orang putih.



Siapa yang tidak kenal dengan syarikat ini? Pan pizza yang terbaik yang pernah aku rasa. Hawaiian Chicken, Pepperoni Pizza dan macam-macam lagi. 

Siapa yang tidak kenal dengan no telefon mereka? one-three hundred-eight-eight-tu-pai-tup-pai. 

Siapa tidak kenal dengan kotak delivery mereka? 


Namun, itu hanyalah sementara. 

Semasa aku pulang ke rumah, ingin melaksanakan niat untuk merasa kelazatan pan pizza dari Pizza Hut. Aku mengajak ibuku yang terchenta untuk sekepala dengan aku.

"Mama, jom makan pizza hari ni? Nabil call delivery."

Aku baru nak call, tiba-tiba. 

"No dah tukar ni Nabil. Ada servis baru, PHD Pizza Hut Delivery. Dah tak pakai no yang selalu kita guna. Ada no baru."

Ada baru pulak? 


Nama pizza dalam brochure pun dah ubah. Sampai-sampai, kotak mereka pun dah lain baq hang.


Dah tukar baju nampak? 

Namun, kelazatan mereka tetap aku kagumi.

Sekian. 

Wednesday, May 18, 2011

#006 | my little pledge.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini, mulai saat ini. Bertemankan hati kosong, jiwa kosong dan Allah yang Maha Esa. 

Aku, berjanji sedaya upaya aku. Akan meninggalkan apa jua perbuatan, apa jua pendekatan, apa jua kenangan yang membuatkan aku jauh dari-Nya, membuatkan aku tidak disukai oleh masyarakat sekelilingku, membuatkan aku tidak tenang dalam kehidupan ini, membuatkan pemikiran aku tertutup.


Sekian.

Tuesday, May 17, 2011

#005 | penangan lembu hijau.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.



Nama restoran dah pelik. Aku rasa, makanan yang dorang akan sediakan pun, mesti pelik-pelik. Dah lah ada patung lembu dekat depan restoran dorang. Ini makan daging lembu, air susu lembu. WTH?!

gambar google je, tak sempat nak snap gambar lembu ni tadi.

Namun sangkaan aku salah. Hari ini, merangkap tengah hari tadi, aku dan keluarga aku telah pergi ke restoran ini untuk merasa makanan mereka. Perasaan excited turut menemani aku untuk masuk ke restoran ini. First time masuk, aku diberi satu list dan kalau list ini hilang, kena bayar rm 200 tu.

"Ini pasar basah ke apa?"


Makanan mereka di susun mengikut senarai dalam list tu seperti, pizza, beverages, juices, crepe dan ada macam-macam makanan ada. Yang penting, halal dan ada orang melayu yang makan sama. Aku memilih beef pepperoni mushroom pizza, mashed potato dan ceremel ice blended sebagai makanan tengah hari. 

mashed potato dan ceremel ice blended.

Kenyang. Memang kenyang. 

Sekian.

#004 | minggu kaki wayang #1 : Nur Kasih The Movie.

Assalamualaikum and a very good day to all.

Nur Kasih The Movie. Filem tempatan arahan Khabir Bhatia ini adalah sambungan kepada Nur Kasih The Series yang telah disiarkan di TV3 kira-kira setahun yang lepas. Lakonan mantap dari Remy Ishak, Tizz Zaqyah, Fizz Fairuz dan lain-lain telah menarik lebih kurang 19 juta penonton seluruh negara.

Akan ditayangkan pada 19 Mei akan datang di seluruh panggung wayang. Ramai diantara peminat Nur Kasih tidak sabar untuk menunggu kelibat filem ini. Sama-sama kita saksikan.

Trailer : Nur Kasih The Movie.


Soundtrack Nur Kasih The Movie. Nyanyian Yassin dan Tizz Zaqyah. 


Sekian.

#003 | buat kali ke sembilan belas.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Manchester United telahpun menjadi juara liga perdana inggeris pada sabtu yang lalu dengan keputusan seri 1-1 dengan Blackburn Rovers di ewood park stadium. Kejayaan ini adalah yang terbaik direkodkan oleh United sebab;

i) Ini adalah kali ke-12, Manchester United memenangi trofi liga perdana inggeris di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.


ii) Ini juga merupakan kali-19 untuk United sekali gus, menjadi kelab inggeris yang terbanyak memenangi piala liga perdana inggeris mengatasi Liverpool. 


iii) Kali ke-7 untuk Ryan Giggs, yang setia bermain untuk United sejak dari 1990.


iv) Trofi pertama untuk penyerang berbakat, Javier "Chicharito" Hernandez. 


So, congratulations to The Red Army and they are hungry for more!

Glory Glory Man United,
Glory Glory Man United,
Glory Glory Man United,
As The Reds go marching on, on, on!


Sekian.