Friday, May 20, 2011

#009 | lagi kecewa.

sesiapa yang tidak pernah membaca bahagian satu, silalah klik di atas.

Pe'ah [bukan nama sebenar] telah bahagia bersama pasangannya iaitu,


Mereka telah menjalani satu kehidupan yang normal, di mana lawak-lawak yang dihasilkan oleh teman lelaki Pe'ah amat disukai dan diterima dengan sepenuh hati. Pe'ah merasakan bahawa lelaki ini lah yang terbaik di dalam hidupnya. Pada satu ketika, lelaki itu pernah berjanji kepada Pe'ah tentang sesuatu.

"Pe'ah baby, kalau abang menanglah pertandingan tu. Abang akan belikan baby sebuah rumah dan sebiji kereta tau!"

"Wah! Nak nak! Abang kenalah menang. Pe'ah nak rumah, nak kereta barulah senang hidup nanti. Abang kena janji dekat Pe'ah, abang menang tau. Janji?"

Satu perjanjian telah dimaterai di antara mereka ketika itu sedang menikmati juadah makan tengah hari di warung tepi jalan. Lelaki itu berusaha, setiap minggu untuk tidak tewas di dalam pertandingan tersebut. Minggu demi minggu ditempuhinya, Pe'ah tetap menyokongnya dari belakang. Begitu juga dengan abang Mamat Khalid. Tengok sahajalah komen abang Mamat Khalid ini.


Kan kan? Si Pe'ah memang sukalah abang kesayangan dia dipuji. Sekepala dengan abang Mamat Khalid. Setiap hari Pe'ah membeli top up untuk mengundi abang kesayangannya. Setiap hari 10 hengget, mau makan beribu-riban dengan harapan, abang kesayangannya akan menang!

Tetapi hajat Pe'ah sekali lagi kecundang. Seperti kejadian yang lepas-lepas. Hatinya hancur kembali, retak setelah ditampal. 


"Abang tipu Pe'ah! Abang cakap abang nak menang. Habis duit Pe'ah beli top up, beli banner untuk abang tapi abang kalah. Apa yang abang dapat untuk Pe'ah?"

"Bila abang tipu Pe'ah? Abang dah usaha sedaya upaya, seikhlas mungkin. Apa lagi yang Pe'ah nak?"

"Usaha abang tak cukup baik. Sampai di sini sahaja hubungan kita. Selamat jalan!"

"I'm Sorry!"

Namun maaf tidak lagi diterima oleh Pe'ah. Pe'ah terus pergi, pergi dan pergi.

Sarah [bukan nama sebenar] memberi rakan karibnya dengan kata-kata semangat supaya Pe'ah tak buat benda yang pelik-pelik. Cukuplah dengan perangai pelik dengan mendengar lagu-lagu Justin Bieber tanpa henti tu. 

"Janganlah macam ni Pe'ah. Kau asyik murung je, dah macam tempurung aku tengok muka kau. Ramai lagi lah kumbang kat luar sana. Apa yang kau nak risau? Muka kau lawa ala-ala Gwyneth Paltrow, tinggi pun ada."

Pe'ah tetap sedih. Dua kali dikecewakan. Dua kali, bukan sekali. Pe'ah cuba untuk mencari sumber-sumber untuk mengubati sakit hatinya itu. 

Sakitnya tidak lama. Ada pengganti yang hadir dalam hidupnya. Ingin tahu siapa pengganti baru untuk Pe'ah? Sama-sama kita nantikan bahagian seterusnya!

Sekian.

5 comments:

Izyan Balqis said...

apa yang ko cuba sampaikan ni petak? sian kat amir jadi bahan ko..ishhh4

aishareoils said...

peah skang dh jatuh cinta ngn pakwe baru yg dh diundi masuk..hahaha

Anyyss Shuhaimi said...

pe jd dgn justin bieber? :p

mohdnabil said...

IQ : cerita dongeng je.
Ecah Ecot : HAHA. R2 mungkin?
Anyyss : dah baca part 1?

Anyyss Shuhaimi said...

dah...masih tak diendahkan?