Tuesday, June 7, 2011

#029 | kelas pertama.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Semalam gua pergi tengok wayang. Filem terakhir gua tengok di panggung wayang adalah Kongsi yang agak menghampakan gua. Kali ini, gua nak pergi layan cerita superhero zaman dulu kala.


Batch pertama mutant.

Dengar pun dah kelas pertama, dan gua harap cerita dorang pun mesti first class punya. Gua pergi dengan adik gua dan sepupu. Start-start gua dah excited. Iyelah, nak tahu mana datang si Professor X dengan Magneto. 

Sepanjang jalan cerita, memang tak membosankan gua. Gua berjaya concentrate dalam panggung. Segala aksi, lawak, sedih gua terima dengan sepenuh hati gua. Ending pun not bad. Apa yang gua boleh ulas,

"RM 12 gua bayar tidak menghampakan. *senyum"

Hensem juga kau time muda, Abang Botak.

Gua memang minat Charles Xavier dalam filem ini. Kuasa yang paling hebat gua rasa. Kuasa minda, boleh baca minda orang, boleh masuk minda orang, boleh control minda orang. Gua memang suka kuasa lu lah, Xavier. Kalau gua dapat, gua akan gunakan kuasa gua elok-elok. Baca apa yang orang fikir pasal gua. Syok juga. 

Overall gua kasi, 9 dari 10, memang kelas pertama.

Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

kongsi xde motif punye citer..nsb baek download jer..seru lg best..
x-men ok r..

Anyyss Shuhaimi said...

xsabar nak tengok....

syaimz said...

best tu broooo