Wednesday, June 22, 2011

#042 | zaman kegemilangan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Malam ini gua rasa macam blues gitu. Bukan blue yang lucah mucah tu, bukan. Gua macam teringat balik zaman gua muda-muda dulu. Time gua masih di bangku persekolahan, memakai baju putih bersama seluar hijau, berkasut hitam sebab gua sekolah berasrama bukan asmara.

Di saat ketika gua bersama rakan-rakan gua, cuba untuk hidup di dalam sekolah itu memang gua tak boleh nak lupa. Kalau hidup kita just plain, pun boring juga kan? Gua masuk time gua tingkatan 4. Sekolah Berasrama Integrasi Selandar. Sekolah yang gua duduk untuk upper form. Agak culture shock bila gua first time masuk sana. Iyelah, tak pernah merasa sekolah asrama. Semua kena sendiri, tak ada lagi mama nak kejut pagi-pagi.

Gua ingat lagi ada main kejar-kejar time sambut hari jadi. Gua menyorok sebab takut. Itu first time gua tau cara budak sekolah asrama sambut hari jadi, ingatkan makan kek ke, bagi hadiah ke. Gua basuh baju sendiri, kadang-kadang ada je guna mesin. Gua kena potong rambut time perhimpunan pernah. Gua buat hal sampai kena panggil masuk pejabat pun ada, lepak-lepak dekat sekolah sampai pagi buta pun pernah. Rembat atau pinjam kejap boot junior, duit gua kena kebas, bergaduh. Itu semua warna warni semasa tinggal di sana. Time puasa, beli makanan ramai-ramai, buka ramai-ramai, solat terawih ramai-ramai, memang gua tak boleh nak lupa.

Dah 4 tahun gua tinggal kan sekolah. Serius gua rindu. 

Ini je kenangan yang gua ada, yang lain dalam otak.

Sekian.

1 comment:

faiz bakar said...

ape lagi . lu datang la alumni sekolah nanti. tak lame dah, lagi 2 minggu .