Sunday, June 26, 2011

#045 | kura-kura.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hari ini, dah masuk bulan ke-2 gua menghabiskan cuti-cuti gua bersama keluarga tercinta dan rakan taulan. Lagi beberapa bulan lagi tinggal cuti gua sebelum gua kena masuk menghadap buku dan kelas pagi-pagi. Sungguh laju masa berlalu. 

Dalam cuti gua, gua dah macam-macam buat. Memandu kenderaan empat roda, membantu ibu yang tercinta, menghabiskan beras dan lauk pauk, layan game sampai pagi buta, melantak dan mengeteh, mengajar adik-adik gua yang bakal menghadapi peperiksaan tak lama lagi dan membuta. Gua rasa laju je masa gua berlalu. 

Laju, sungguh laju. Sekarang semuanya nak laju. Kereta makin laju, semua nak servis yang laju, cakap pun nak laju dan apa pun nak laju. Mungkin sikap sabar itu memang kurang pada diri manusia termasuk gua.

Gua rasa internet gua makin lama makin lembab. Berbulu gua rasa nak tunggu page tu loading sampai 5-6 minit, sampai gua boleh buat sit up sampai 100 kali tanpa henti. Itu belum nak tunggu video dekat Youtube tu buffer. Kalau tunggu, kasi gua makan dulu lah pun tak habis buffer lagi. Gua rasa, gua bukan seorang kaki muat turun yang tegar. Apa yang best, baru gua muat turun tapi itulah, internet gua memang makin lembab.

kusut gua, puii!

"Dah nak habis bulan barangkali?"

Itu yang selalu gua dengarlah. Nak tunggu bil keluar, nak suruh gua bayar. Gua ada kerja nak buat, sebab tu gua berbulu je rasa. Dah macam kura-kura pun ada. 

"Gua laju apa, lu cakap kura-kura lambat apehal?"

Sekian.

*entri ini adalah dalam setengah jam gua siapkan. cilaka, lembab.

2 comments:

aiman said...

hujung bulan barang kali..

Yeb-Nada said...

wa pun sama bro. lembab tenet. kadang kala gua menangis depan broadband gua. biar dia terharu