Monday, June 13, 2011

#034 | tamat.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Hazama

Mamat dekat atas ini telah melakarkan sejarah beliau yang tersendiri apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia yang terakhir buat selamanya. Beliau telah menewaskan 3 calon yang lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Single beliau pun gua suka.

Sejak bila gua layan AF pula ni? Bukan gua ke asyik duduk kutuk dorang tak sedaplah, apalah. Ini semua bermula dari Diari AF9. Musim ke sembilan sahaja yang gua layan. Bagi gua, diari AF9 ada istimewanya. Gua suka tengok video yang cameraman tu rakam. Memang nampak nice dan kemas. Gua memang tertarik dengan sinematografi mereka. Lepas tu, gua terus layan. 

Setengah jam yang lepas, tamatlah satu revolusi di mana SEMBILAN tahun Akademi Fantasia bertapak di bumi Malaysia ini. Dari gua form 1, yang agak-agak skema dahulu sampai sekarang, dah besar tapi still macam sengal. Tapi gua tengok Pak Nil dari dulu sampai sekarang, still sama. Mood yang beliau bawa, energy beliau. Memang berbakat.

Tua makin berisi.

Gua tak sedih pun AF dah habis. Serius gua tak.

Sekian.

No comments: